Sejak dikalahkan oleh C Bowler Suami Tercinta pada minggu lepas, saya terus tidak mempunyai keinginan untuk bermain bowling lagi, rasa sia-sia sahaja berbowling selama ini. B Bowler dikalahkan oleh C Bowler! Pengalaman itu sungguh menyakitkan hati. Terasa - rasa pin-pin di lane bergelak ketawa, bertepuk-tepuk sesama sendiri , mengata-ngata prestasi buruk saya tempohari.
Justeru itu, lantaran kecewa yang amat sangat, saya terus sahaja menghubungi Wan dari Telekom: untuk membatalkan penyertaan dalam Pertandingan Bowling Jemputan Untuk Wanita anjuran beliau yang dijadualkan akan diadakan pada hari Ahad, 11. 01.09 bertempat di Premium lane. "Alar ...kak sherry, janganlah tidak jadi pula, nanti tidak meriah suasana, terasa tiada seri seandainya akak tiada". Indah sungguh bahasa mu wahai Wan. Membuat saya hampir berubah fikiran. " Akak tak bolehlah Wan. Bola kena hujan.". Eh..Ok ke alasan tu?.Wan ni pun budak lurus; kenapalah tidak dipujuk beria-ia sikit. Haiya.
Walaubagaimanapun, provokasi dari si C Bowler Suami Tercinta telah menaikkan semangat diri saya ; menang sekali dah eksyen, itu belum lagi jadi Champion. Dan tidak dinafikan umpanan pakej yang beliau tawarkan sungguh menarik untuk dilepaskan begitu sahaja. "Yuran Penyertaan biar i yang bayarkan. Anak-anak biar i yang uruskan. U pergilah masuk tournament tu." Yahoo..lain kali taktik sebegini bolehlah saya amalkan lagi. Ianya amat berjaya lebih-lebih lagi dalam situasi Si C bowler masih diselubungi MOOD KEMENANGAN, senyuman masih melebar. Mintalah apa sahaja ketika itu, nescaya akan beliau tunaikan. Hatta, seandainya diminta dibina sebuah lane bowling persendirian di halaman rumah sekalipun, harus juga akan dilaksanakan dalam sekelip mata (dalam mimpilah). Dan saya tahu, C Bowler mahu memujuk isteri tercinta, agar tidak muram dan berduka sekaligus tidak mogok memasak macam biasa walaupun tiada alasan , mana tahu dapat menebus kekecewaan atas kemenangan yang tidak dia sengajakan. Dalam hati saya berkata, hakikatnya C Bowler tidaklah sehebat mana , cuma malam itu saya 'out of perform' dan balingan saya kurang sempurna. Segala-galanya tidak kena. Easy spare pun saya boleh missed, jauh sekali boleh ambil baby split atau slipper !"Ala Bang...menang nasib jer tu".
Ahad. 5.00 Petang. Premium Lanes
Balingan pertama sungguh sempurna.Saya bermain dengan tenangnya. Tidak mengharapkan kemenangan. Cuma berazam untuk mempamerkan balingan terbaik. Selesai membuat balingan, duduk di bangku, menunggu giliran dengan sabar dan tenang. Persis seorang diva, duduk bersopan , tidak menghiraukan peserta-peserta lain di sekeliling . Sangat behave. Tanpa ada tekanan. Dan tidak lupa mengirim berita untuk Si Penyokong Setia di Pasir Mas ( saya memaksa dia menyokong saya dari mula lagi). Rupa-rupanya cara itu ( sms dan stail diva) amat berkesan , mental akan jadi terkawal dan fokus pada permainan sahaja. Lupa seketika ketika itu adalah pertandingan. Tidak terasa hendak mengintai markah peserta-peserta yang lain, kemungkinan menyebabkan panik dan sebagainya seandainya mendapati markah mereka jauh lebih baik dari markah sendiri, atau amat berpuas hati dan mula bermain sambil lewa apabila mendapati markah sendiri jauh lebih baik dari markah mereka.
Balingan terakhir telah dilakukan. Keputusan telahpun diperolehi. Upacara penyampaian hadiah telahpun selesai . Pencapaian saya hari itu adalah seperti berikut ; 215 . 203. 189. 188. Saya dipanggil kehadapan untuk menerima hadiah sebanyak 3 kali. Juara Keseluruhan dan dua hadiah bagi jatuhan pin tertinggi . Terima kasih kepada Penyokong Setia , doa telah dimakbulkan. Impian telah menjadi realiti.
Saya pun berangkat pulang. Premium lane saya tinggalkan bersama senyuman berbunga-bunga, mekar menguntum mengiringi . Harapan baru sudah menjelma. Si isteri sudah tersenyum. C Bowler: harap bersedia.
7 comments:
sherry,
actually..dari dulu teringin sangat nak pegang bola bowling. tapi tak da sokngan dr mn2 yang berkenaan...hihi
sesekali bagilah suami tercinta tu menang, ada gak ontongnya... tapi yang dalam 9x tu biarlah kita yang menang...huuuiiiittt.... main bowling je tau.har har..
K Jane,
This post paling kelakar n diva stylo sekali...pelik pun ada coz different language, macam bahasa sastera masa SPM dulu--he he .
-luv Ija-
Deq,
I was with a wide smile and laughing at times with this post! Haha! What a very nice description of the tournament, with a continutaion of your rivalry with Mie. I LOVE THIS STORY!! Siap dengan ayat-ayat yang "rhyme":
"Indah sungguh bahasa mu wahai Wan. Membuat saya hampir berubah fikiran."
You know; bukan you `paksa' saya beri sokongan, NO. Bila dapat tahu you masuk tournament - and *Ladies* - saya jadi amat interested sebab nak tahu how very good you'll perform. Sebab, dengan Men pun, ada ramai yang you boleh beat...
So, bila dapat your first SMS yang score 215, saya instantly terfikir: "Form gini, Sherry boleh menang!" Bila second one 203, saya betul-betul excited - memang akan menang... unless you squander it. Masa last two, saya nervous jugak... Actually, those scores are "okay". Tapi bila saya dok nak you jadi "Champion", anything less than 200, jadi bimbang.
I was so excited and happy when you confirmed nobody exceeded your total!! Plus rasa bersyukur that you had found it worthwhile to keep *me* updated. THANK YOU, MY SISTER...
BTW, lain kali bila buat post baru, tolong sms ye?... Yes, memang saya RSS dalam DUA program - Firefox dan FeedDemon.
Tapi bukan Deq tak tahu, saya BERTAMBUN blog yang dok follow hari-hari, esp yang "social/political" untuk kerja.. and especially hari RABU & KHAMIS. So, tak sempat nak check blog-blog yang lain ni.
Okay, sambung my kerja...
@izan
hi Izan.
Thanks for dropping. Teringin sangat nak pegang bola...? takder masalah..akak boleh bagi pinjam kejap..izan nak pegang, peganglah..ambik gambar, masuk blog..ha ha ha...ashik taruk gambar makanan yang best2..terliur akak, nasib baik husband akak tak terjumpa lagi blog izan..karang tak pasal2 ada permintaan khas pulak...
@ my dear sis IJA.
u love the Diva's stylo? then, boleh lah i buat satu entry khas pasal tu nanti..
@My Brother MC.
Thanks for dropping!
..So, before this, i'm really sure , mesti u were wondering, kenapalah i ashik dok ber sms masa bowling kan.Macam tak concerntrate jer kan. Ada alasan kukuh sebenarnya and it was really works, u know. Kalu tidak, mata ni ashik melilau jer tgk scores orang..mulalah rasa saiko..
Btw, terima kasih atas ur moral support..i really appreciate it.
to my dear Kakak Ipar,
Kah..!Kah..! Kah..! (Cuba imagine kartun Ujang dok gelak)
Ari tu Ija ada ckp adaentry baru kat KJane nyer blok, in Malay katanya, for it is not 'Unusual' mixing the words, mlay-english-etc, but today fuhhhh! "Wa-Caya-Sama-Lu"- Menarik nye posting nih. Jangan lupa update selalu. 2 Thumbs Up..! hi hi hi.
Haaa ni pasal bowling plak. Alah bukannya tak biasa KJane di Kalahkan C bowler malah dengan (international) Beginner ni pun KJane boleh Kalah. Janagn Marah, bukannya apa saja nak bg Motivasi supaya boleh imagine muka I in between pin 1 & 3, nt boleh Strike.
Betullah maybe sebab penyokong Setia dr Pasir Mas kot..!!!
Post a Comment