Saturday, December 31, 2011

Singapore! Here We Come Pt 1.

Finally, hari yang ditunggu pun tiba.  Along , Angah dan Irfan sepakat memilih Singapura sebagai destinasi percutian Disember ini. Semuanya excited ! Their cousins from KL , Makyu and Kak Dilah pun join sama. Itu yang seronoknya, All together 14 orang semuanya. 2 cars from KL and another 2 from Kuantan.


25.12.11  : seawal pagi semuanya telah bersedia. Kami mulakan perjalanan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Apa-apa hal kita ber Peace dulu sebelum bergerak ye.


Bersama Makyu.




 Alhamdulilah, perjalanan ke JB sangat lancar dan sempurna. We arrived at our  'Homestay' at 3pm. Apartmentnya sangat luas dan selesa.






The Kids dah tak sabar lagi...swimming pool dah di depan mata!


Irfan dengan gaya bebasnya.

Pada sebelah malamnya, kami mengambil keputusan untuk ke Senibong !



Menunggu hidangan dengan sabar.



Antara hidangannya!
Yummy!




......dan harganya??????




Pengsan akak!! hahahaha..tapi masakannya memang sedap! Sangat berbaloi.


..............bersambung! Esuknya kami menyeberang Tambak Johor! Lagi pengsan akak dibuatnya.

.......2012.

Happy New Year everyone.


Semuga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


As for me, tahun 2011 ada banyak peristiwa suka dan dukanya. Saya belajar banyak perkara. Ianya menjadikan saya semakin matang dalam menghadapi tahun-tahun mendatang.  Mana yang pahit saya akan jadikan ianya sebagai pengajaran dan sempadan, mana yang baik akan saya jadikan teladan untuk lebih bersyukur .


Buat Anak2 ku Along , Angah dan Irfan..Mama doakan yang baik2 sahaja untuk kalian.








Sesungguhnya kamulah permata hati Mama .

Tuesday, December 20, 2011

Bowling Opis

Last saturday, Opis terchentaku menganjurkan Pertandingan Bowling Antara Department. Pertandingan yang dianjurkan setahun sekali ini memang ditunggu-tunggu oleh Staf dan Kakitangan. Menang kalah adat pertandingan , yang penting semangat kerjasama dan kesukanan yang diamalkan sesama sendiri. Tahniah kepada Bahagian Kewangan yang berjaya mempertahankan kejuaraan. Pertandingan ini juga dijadikan medan untuk mengenalpasti Pelapis2 Bowlers yang boleh diketengahkan untuk mewakili Opis. # Yeay..bolehlah Akak pencen #

Sessi bergambar tetap menjadi kemestian... dr kiri Urusetia, Pengurus Penilaian Projek, Pengurus Kewangan, Timbalan Pengurus Besar dan Your Trully.

 

YH Dato Pengurus Besar, Timbalan Pengurus Besar dan Pengurusan Kanan bergambar bersama Urusetia Pertandingan.
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Projek
Audit Dalam
Pembangunan Projek Sosial
Kewangan

Thursday, December 8, 2011

Tidak Mengerti


Sungguh aku tak mengerti
kau yang mencipta impian
kau yang membina harapan
namun
kau jua yang menghancurkan ..

Tuesday, December 6, 2011

IRFAN 11 Tahun

5hb Disember 2011..Happy Birthday Irfan. Mama doakan segala yang baik-baik sahaja untuk Irfan. Semuga menjadi Mukmin sejati dan anak yang soleh. Berjaya dunia dan akhirat.






Babah, Mama, Along and Angah Love U so much!