Monday, January 24, 2011

Di Sana Curang, Di Sini pun Curang.

Saya sedikit tersentak mendengar berita itu. Mereka dikatakan pasangan bahagia..Masih muda, dan lebih muda daripada saya sendiri,  Si suami, (sekarang bekas suami )berjawatan tinggi di syarikat gergasi di Pantai Timur ini. Manakala si isteri (bekas isteri) tidak dinafikan comel dan bergaya , tidak bekerja , hanya menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Masa terluang diisi masa dengan menyertai persatuan2 Wanita  dan sebagainya.


Tapi sayang seribu kali sayang, kepercayaan yang diberi si suami telah disalahgunakan, Si isteri berkenalan dan menjalin hubungan dengan seseorang yang bergelaran katanya. Cerita sebenar si suami pun rupanya bukanlah baik benar..juga berlaku curang, kerap ke Tanah Seberang untuk liburan juga!


Maka, benarlah kata Allah itu.." Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik ". Seandainya pasangan berlaku curang, ianya bukanlah tiket untuk menghalalkan kita juga patut berlaku curang.


Episod seterusnya saya tidak ketahui secara detailnya tetapi ikatan itu telah runtuh jua beberapa bulan yang lepas, anak-anak dijaga Si Suami. Sedih rasanya mengenang anak-anak kecil itu. Saya tidak mengetahui ke mana arah Si isteri..


Pengajaran untuk saya: Sangat banyak.! tidak perlulah saya catatkan di sini, memadai kisah ini dijadikan pengajaran dan teladan.


Friday, January 21, 2011

Seri Mersing Buat Angah


Sejak pagi, mama rasa sedikit seriau nak bukak website MARA , bimbang keputusannya tidak seperti yang diharapkan. Bimbang tak dapat jugak macam permohonan ke SBP. phobia sungguh rasanya.


Tepat jam 10.15, mama memberanikan diri jua....dan bersedia menerima keputusannya.


Dan Alhamdulilah, kesyukuran pada Ilahi mendahului segalanya, akhirnya permohonan Angah untuk ke MRSM telah berjaya. 

Insyaallah, 7hb Februari nanti Angah akan mendaftar masuk ke sini.!

 
Picture credits to Mr Google.






Tuesday, January 18, 2011

LongChamp lagi???? ops! keinsafan sementara.

Yeayyyyyyyy...my LongChamp dah sampai.

Barulah saya boleh pergi ke Bowling Alley dengan bergaya nya. Dan maybe balingan saya akan lebih mantap dan sempurna. Boleh gitu?????Hihi...menghilangkan rasa quilty.

*Disclaimer : Mr Coach Maher Zain saya itu tidak pernah memberikan tip bahawa beg yang dibawa adalah penyumbang kepada high scores. Ini adalah rekaan saya semata-mata.



*picture credits to Google


Sunday, January 16, 2011

Espirit Untuk Mama, Baby G untuk Angah, Buku Untuk Along.

Siapa kata bowling menghabiskan masa dan wang ringgit.? Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, inilah hasil tangkapan saya minggu lepas!






Dapatlah saya membeli jam tangan Espirit untuk diri sendiri dan Baby G untuk Angah  manakala  Along memadai dibelikan buku-buku rujukan. Syukur kepada Ilahi mendahului segalanya.




Benarlah bagi saya, Bowling bukan sahaja untuk Kesihatan dan Persahabatan, tetapi juga boleh memberikan Pendapatan!




Wah...Money Bowler kah saya sekarang?

The Closed Bowling Tournament - Ladies Only

Selamat pagi semua. Insyaallah sebentar lagi saya akan ke Premium Lanes Kuantan Plaza, ada Kejohanan Bowling Tertutup LKPP (Wanita) sempena 40 tahun usia LKPP.

Saya bercadang untuk mempraktikan apa yang  telah Mr Coach Maher Zain saya tu ajar saya  minggu lepas.
  • masa test lane, Aunty try 10.10 okay. Then barulah adjust accordingly.
Okay! beres.

Gambar kat atas tu hanya hiasan, nampak sangat saya telah engkar cakap Mr Coach..laluan itu sangat cranker ok..Mr Coach kata unless lanes sangat kering, barulah sesuaiwwww guna itu line. 25:10


Just wait and see..Got to go now. Doakan saya berjaya.

Wednesday, January 12, 2011

Jurulatih Bowling Ku - Maher Zain?

Assalamualaikum semua. Mode saya sangat ceria hari ini. Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada semua Mr Coach Tidak Bersijil yang sangat saya gemari. Sangat Feveret gitu.. Kenapa Tidak bersijil? Panjang ceritanya.. .Ops! sebelum terlupa dia ni bukan Coach Terlampau yang pernah saya mention kan terdahulu ye. 


Bagi saya, walaupun beliau tidak mempunyai Sijil Kejurulatihan yang formal, sebagai Pemain Sukma Pahang, siapalah yang boleh meragui kepakarannya dalam bowling. Sebab itulah tanpa was-was dan ragu2nya saya telah memaksa beliau mengajar saya Cara-cara bermain Bowling yang betul ! * ada unsur paksa rela di situ!...hihi..Peace No War ye PA.


Katanya sambil ketawa  "Kira Aunty ni adalah anak murid pertama saya!" kwang!kwang...Aunty Howts tawwww.


Hihi...whateverlah PA, janji PA ajar aunty sampai tercapai my target ok! So, what are the targets itu?  Biarlah dirahsiakan buat sementara waktu, tapi PA dah tahu apa dia. 


"Shhhh!!!!! ye PA, bagi lah aunty berlatih dengan gigih dahulu"


So, sampailah masanya saya memperkenalkan siapakah beliau itu, Namanya Syed Muzaffar Syed Mohsein, ada iras2  Maher Zain you...! Nasib baik saya dah mengenal mesra PA ni  sebelum dia mencapai tahap fames amous ! Sekurang2 nya nanti bila dia dah memenangi mana2 perlawanan antarabangsa, saya bolehlah menumpang tui keglameran dia! hihi.


ok..so, inilah dia Mr Coach tidak bersijil saya. Tersangatlah baik orangnya, berbudi bahasa hormat orang tua! *bodek tahap gunung berapi+++.






















PA beraksi di Qatar Open Bowling Tournament 2010




Both pictures di atas saya ambik dari http://www.abf-online.org/


Masa tu Mr Coach ni pergi ke sana bersama En Suami untuk menyertai Qatar Open Bowling Tournament 2010 tempohari. Terima kasih kepada Adik Bongsu dan Suami nya di Doha kerana layanan kelas Satu sepanjang mereka berada di sana. Terima kasih juga kepada kawan2 adik di sana merangkap Penyokong Setia...Fairul, Kimey, Nizam yang sudi melayan mereka berdua !


PA bersama The Sweetie Aina.(my anak saudara!)

PA bersama ............alamak! tak ingat plak namanya.

Sekian dulu buat kali ini. Next Entry akan saya ceritakan apakah tips2 yang Mr Coach ini curahkan tempohari..







Thursday, January 6, 2011

Tengkujuh Di Hati.

Saya sedikit upset , ntahlah begitu sukar memujuk hati .


" Kalau anda semua fikir anda semua patut naik pangkat etc etc , tapi kat sini tak dapat semua tu,and tidak berpuashati just tender your resignation and applylah kat another company . Bukan Company ni yang ajak U all kerja kat sini, U all yang mintak."


I think that words @ response bukanlah the only penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan.



Hendak pergi mencari peluang di tempat lain rasanya bukan langkah terbijak sekarang ini, dengan usia yang makin meningkat rasanya peluang agak terbatas.



Setelah menyurah bakti selama 18 tahun di sini tidaklah mudah untuk pergi begitu sahaja semata-mata . Tetapi untuk just to stay here for another 15 years berada di takuk yang sama juga bukan satu perkara yang mudah, sekadar melihat orang-orang tertentu yang lebih junior dan 'berpengaruh' mendaki puncak.



Dan sekadar menyarankan agar kami semua menerima dan redha dengan apa yang ada juga bukanlah  the best solution. Seandainya semua usaha telah dilakukan dan memang tiada jalan penyelesaian, barulah kami akan menerima seadanya .



"There's no point getting upset about something you have no control over. Instead, lighten up and try to see the funny side of life! In general, things are not nearly as bad as they seem."


Dan akhirnya saya akan cuba memahami baris-baris ayat di atas ini! Ini sahaja yang mampu saya lakukan setakat hari ini. atau adakah saya akan diambil tindakan tatatertib hanya kerana meluahkah tengkujuh di hati saya ini di sini! Saya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa.

Wednesday, January 5, 2011

Bila Rasa Gembira, Tepuk Tangan.

.................Yeay! Syukur Alhamdulilah.

Sunday, January 2, 2011

Sayangkan Anak, Send them to the Hostel la..

Esuk sessi Persekolahan 2011 insyaallah akan bermula.


Along  akan meneruskan persekolahannya di sekolah lama - the best School for PMR 2010...so, kenapa perlu bertukar ke sekolah lain. Hopefully,  decision ini is right for her future. Perjalanan masih panjang dan berliku buat Along.



Angah pula didn't get Sekolah Berasrama Penuh. Permohonan Angah tidak berjaya. Walaubagaimanapun, mendapat tawaran ke Rancangan Khas di Sekolah SABS pun membuat kami amat bersyukur. Takperlah Angah...Buktikan Angah boleh walau di mana pun Angah bersekolah.


Tradisi Along diteruskan...Along and Angah memilih untuk tinggal di rumah Wak and Mummy Tok..lebih dekat dgn sekolah. Bagi kami itulah "hostel" buat mereka..Bukan Mama and Babah berlepas tangan tapi rasanya mereka akan lebih 'terjaga' di sana.


Buat Mummy and babah, juga buat Makyu...terima kasih yang tidak terhingga, budi dan jasa kalian ini tidak akan terbalas....


Buat Along and Angah, manafaat kan masa di sana sebaik mungkin....kata-kata mereka adalah ajaran dan doa.