Friday, January 30, 2009

Just A few Notes

Yesterday. 6.42 pm. I just arrived from Kuala Lumpur. Office matters.
Irfan was waiting outside ; with a lot of complaints;-
  • Along had not allowed me to use computer


  • Angah had scolded me for using the computer


  • Along had not allowed me to main PS


  • Angah and along kata saya manja


  • Along don't want to be friend with me. Angah too
Along was fully occupied with her Myspace, ym, skype. Her World. But still managed to stop and hug her mama before went back to her chair.

Angah had a training bowling session at the Megalane . She enjoyed herself very much.

While waiting for Angah to finish her training, Suamiku tercinta had his latihan sulit bowling Part 99. "Err..i don't want to waste my time". Well planned. He had booked the lane 3 days earlier.

Whatever , i love them very much!

Exhausted. I just stayed at home .

Wednesday, January 21, 2009

What A Pleasant Surprised. He Just Make It. Well Done C Bowler.



Saya baru sahaja selesai "Shoping Bersama Che Pah", apabila tiba-tiba telefon tangan saya ber'blink-blink', isyarat satu mesej baru telah diterima masuk.

"Akak, Abg mie dapat No 2 lah kak".

"Biar betul, kan ramai B Bowler yang masuk, takkan Abg Mie boleh menang"

Walaubagaimanapun, beberapa sms masuk selepas itu mengesahkan lagi kemenangan C Bowler Suami Tercinta (nasib baik panggilan manja Suami Tercinta tetap konsisten walau ketika musim kekalahan atau score rendah, walau ketika musim meraih kemenangan, score tinggi mencecah langit). Hmm...patutlah tangan ni gatal-gatal sejak petang tadi. Rupanya nak dapat RM800 .

Untuk menakutkan Team Pak Zawi and Team Qatar ,let me highlight the scores : Semua above 2oo and the highest is 278! Ada berani? Tiada lagi that hampeh 132. Hehe..manusia mudah lupa diri.


Tiba-tiba saya teringat, patutlah hari ahad lepas C Bowler Suami Tercinta sanggup pergi training seorang diri. Jangan-jangan dia dah jumpa teknik baru dan tidak mahu B Bowler mengetahui. Nampak gaya genjatan senjata tidak menjadi ni. Mari kita tanya pendapat Penyokong Setia Di Pasir Mas.

"Err..Encik MC, apakah pendapat anda mengenai kebangkitan C Bowler ini? Adakah sudah sampai masanya C Bowler dinaikkan gred ke B Bowler dan tiada lagi bantuan handicapp?"

Opps! ada handicapp ye..patutlah boleh menang. ( Kepada C Bowler, half-half ye RM 800 tu. Once confirmed, ayat ni akan di delete sertemerta. The Choice is yours.)


Tuesday, January 20, 2009

Shoping Bersama Che Pah. The Handbag Collecter Part 1


Say NO to bowling ! Today's topic is Handbag. Friendly reminder to all kaum suami, penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemerosotan poket anda gara-gara si isteri terpesona and memaksa anda membeli untuk mereka. Dan perlu juga diingatkan, cerita ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, sajer suka-suka..nak released tension.


Brand : GUESS
Harga : $$$
Rating: 10/10

Brand : HILLY
Harga : $$$
Rating: 10/10


Brand : HILLY
Harga : $$$
Rating : 10/10




SACHA
$$$
10/10




Alain Dillon
$$$
10/10




GUESS
Gift From Ija
10/10




CHANNEL
$$$
10/10


So, Che Pah, apa yang kamu nak cerita ni? Beginilah :-
  • Handbag tu siapa punya ? Semua beg tu saya yang punya
  • Which one is your favourite ? Saya suka semua beg -beg saya kat atas dan beg-beg yang menunggu giliran untuk diblogkan nanti. Eh! ada lagi? err..ni baru part 1 kan..
  • Apa kena mengena buku kat atas tu? Am reading .( that book belong to my sister, ija)
  • kenapa saya suka beli banyak handbag? Sebab saya pompuan normal...
Ada soalan2 tambahan lagi ? Ruangan Shopping Bersama Che Pah ini mengalu-alukan pertanyaan anda. Silakan..

Sunday, January 18, 2009

Damai Sementara



Musni Leaque Minggu 1
Kuantan Megalanes
17hb Januari 2009
8.30 Malam
Single Ladies
Single Man
Double



Buat tarikh hari ini, tiada lagi siapa nak kutuk siapa, tiada lagi provokasi dari C Bowler Suami Tercinta. Tiada lagi ada ubi ada batas, lain hari boleh balas. Pin - pin tidak lagi jadi batu api. Sebaliknya berbisik-bisik meniup semangat . Kali ini B Bowler and C Bowler suami tercinta terpaksa 'berdamai' sementara.

Dengan berpimpin tangan..(bertuahlah Si C Bowler nak memimpin tangan B Bowler dalam keadaan tangan kiri menjinjing beg bowling manakala tangan kanan membimbit kasut bowling!), bergandingan bahu, berjalan seiringan menuju Megalanes..menuju lif dari Parking Lot Level 4 untuk ke Level 3 sebenarnya.

Kami berdua bersatu hati ( untuk leaque itu) untuk cuba back up each other. Kalau tidak menjuarai..impian tinggi, taknak tempat ke 2 atau ke 3 tu..sekurang2nya tidaklah berada di senarai terakhirkan. Boleh macamtu Team Qatar?

Score Board- B Bowler.

Game 1...172
Game 2...219
Game 3...198
Game 4...182
Game 5...177

Score Board- C Bowler.

"Bang, berapa scores u semalam? nak tulis dalam blog ni".

" Err...i rasa tak payah disclosed lah. I ni kan low profile . Karang Team Qatar tahu pulak kekuatan Team Indera Mahkota . Lagipun Bro MC pun dah puji i ni makin improve".

'Btw, jangan lupa stresskan yang kita dapat Juara Double...U juara single tu tulis kecik jer, tak payah bold!"

Amboi2...C Bowler Suami Tercinta...lebih-lebihlah pulak ye...Hmm...tak sedar dia ada score hampeh as low as 132 tadi.

Well, sapa nak jawap tu.



Genjatan senjata sudahpun tamat. Perang Bowling bermula semula. Sertamerta!

Tuesday, January 13, 2009

B Bowler : A New Hope

Sejak dikalahkan oleh C Bowler Suami Tercinta pada minggu lepas, saya terus tidak mempunyai keinginan untuk bermain bowling lagi, rasa sia-sia sahaja berbowling selama ini. B Bowler dikalahkan oleh C Bowler! Pengalaman itu sungguh menyakitkan hati. Terasa - rasa pin-pin di lane bergelak ketawa, bertepuk-tepuk sesama sendiri , mengata-ngata prestasi buruk saya tempohari.

Justeru itu, lantaran kecewa yang amat sangat, saya terus sahaja menghubungi Wan dari Telekom: untuk membatalkan penyertaan dalam Pertandingan Bowling Jemputan Untuk Wanita anjuran beliau yang dijadualkan akan diadakan pada hari Ahad, 11. 01.09 bertempat di Premium lane. "Alar ...kak sherry, janganlah tidak jadi pula, nanti tidak meriah suasana, terasa tiada seri seandainya akak tiada". Indah sungguh bahasa mu wahai Wan. Membuat saya hampir berubah fikiran. " Akak tak bolehlah Wan. Bola kena hujan.". Eh..Ok ke alasan tu?.Wan ni pun budak lurus; kenapalah tidak dipujuk beria-ia sikit. Haiya.

Walaubagaimanapun, provokasi dari si C Bowler Suami Tercinta telah menaikkan semangat diri saya ; menang sekali dah eksyen, itu belum lagi jadi Champion. Dan tidak dinafikan umpanan pakej yang beliau tawarkan sungguh menarik untuk dilepaskan begitu sahaja. "Yuran Penyertaan biar i yang bayarkan. Anak-anak biar i yang uruskan. U pergilah masuk tournament tu." Yahoo..lain kali taktik sebegini bolehlah saya amalkan lagi. Ianya amat berjaya lebih-lebih lagi dalam situasi Si C bowler masih diselubungi MOOD KEMENANGAN, senyuman masih melebar. Mintalah apa sahaja ketika itu, nescaya akan beliau tunaikan. Hatta, seandainya diminta dibina sebuah lane bowling persendirian di halaman rumah sekalipun, harus juga akan dilaksanakan dalam sekelip mata (dalam mimpilah). Dan saya tahu, C Bowler mahu memujuk isteri tercinta, agar tidak muram dan berduka sekaligus tidak mogok memasak macam biasa walaupun tiada alasan , mana tahu dapat menebus kekecewaan atas kemenangan yang tidak dia sengajakan. Dalam hati saya berkata, hakikatnya C Bowler tidaklah sehebat mana , cuma malam itu saya 'out of perform' dan balingan saya kurang sempurna. Segala-galanya tidak kena. Easy spare pun saya boleh missed, jauh sekali boleh ambil baby split atau slipper !"Ala Bang...menang nasib jer tu".


Ahad. 5.00 Petang. Premium Lanes

Balingan pertama sungguh sempurna.Saya bermain dengan tenangnya. Tidak mengharapkan kemenangan. Cuma berazam untuk mempamerkan balingan terbaik. Selesai membuat balingan, duduk di bangku, menunggu giliran dengan sabar dan tenang. Persis seorang diva, duduk bersopan , tidak menghiraukan peserta-peserta lain di sekeliling . Sangat behave. Tanpa ada tekanan. Dan tidak lupa mengirim berita untuk Si Penyokong Setia di Pasir Mas ( saya memaksa dia menyokong saya dari mula lagi). Rupa-rupanya cara itu ( sms dan stail diva) amat berkesan , mental akan jadi terkawal dan fokus pada permainan sahaja. Lupa seketika ketika itu adalah pertandingan. Tidak terasa hendak mengintai markah peserta-peserta yang lain, kemungkinan menyebabkan panik dan sebagainya seandainya mendapati markah mereka jauh lebih baik dari markah sendiri, atau amat berpuas hati dan mula bermain sambil lewa apabila mendapati markah sendiri jauh lebih baik dari markah mereka.

Balingan terakhir telah dilakukan. Keputusan telahpun diperolehi. Upacara penyampaian hadiah telahpun selesai . Pencapaian saya hari itu adalah seperti berikut ; 215 . 203. 189. 188. Saya dipanggil kehadapan untuk menerima hadiah sebanyak 3 kali. Juara Keseluruhan dan dua hadiah bagi jatuhan pin tertinggi . Terima kasih kepada Penyokong Setia , doa telah dimakbulkan. Impian telah menjadi realiti.

Saya pun berangkat pulang. Premium lane saya tinggalkan bersama senyuman berbunga-bunga, mekar menguntum mengiringi . Harapan baru sudah menjelma. Si isteri sudah tersenyum. C Bowler: harap bersedia.

Wednesday, January 7, 2009

The C Bowler Strikes Back.


As some people already know, last week in Another Strikes And Spares my husband was beaten by me in the tournament.
Well, since there was another tournament last nite , and despite not feeling very well due to having flu and running nose , he seemed very eager to strike back.
I was suprised to learn that Mie went for bowling almost everyday since that loss . He had trained very hard to improve his bowling techniques with the intention to win . He was trying to perfect his timing and his footwork; aiming to perform perfect delivery as to get more strikes and convert spares as well i guess.
By the way, not like the other C or Beginner Bowler , Mie threw a hook ball! Macam pro @ A bowler la pulak. And the best part was i had also received the compliments ..pandai lah suami sherry tu main.. macam sherry jugak..bola hook cantik sungguh. Ha ha. Can't help rasa kembang and just love to hear it.
The Tournament Day - Premium Lanes , 9 pm, 10 games.
Participants : 34 C Bowlers( The only brave Lady was me!)
As my scores turun naik and ada scores hampeh (can see below) as our favourite Pengulas Sukan Bro Mc had said : 198, 158, 215, 157, 186, 168, 227, 201, 187, 218, unfortunately, Mie had performed a very good game till the end...habihlah i kali ini. He managed to beat me with flying colours! Double happiness for him ( and for me lah as well kan ) - he also received RM 400 . His name was the fifth one in the Final Result. Psst..psst..my dear abe, don't forget the cash should be equally distributed, harta sepencarian.
Well , it was not my day plus i have a very good reason..tak baik derhaka suami..sekali sekala bagilah suami menang. Furthermore, i alway remember this ; even i should fail, the odds are still pretty good that the sun will still rise in the east tomorrow morning! Ada ubi ada batas, lain hari boleh balas.


%$@!*&^%$#@@!*&*"+

"I have discovered that ever now and then, one must encounter difficulties and encounter them bravely. I am grateful for the courage i find in adversity. I am not afraid to be tolerant in the midst of prejudice, to have hope in the midst of despair and to dream independently."

Sunday, January 4, 2009

Mama, i don't like ur spaghetti, i just love it !







.Those magic words came from Irfan immediately after he had finished enjoying a bowl of spaghetti prepared by me.

And, i'm very pleased to hear these ayat from him as well... " sedapnya mama masak ".

He is very smart indeed, he knows how to bodek his mama, sedangkan by tenguk kat gambar sebelah nipun boleh boleh dapat tahu banyak manalah pandainya mama masak..he he..Work smart.









Saturday, January 3, 2009

Steamboat In The Rain

As always, The Kids are looking forward to have an Outside family Dinner . For them, An Outside Family Dinner is very important and is inside their List of Things To Do During Weekend . They have their own reasons, of course . 5 Busy Days Schooling the whole day, the fardu ain and mengaji 's class at night , an outing including Outside Family Breakfast, Lunch Or Dinner are some sort of hari raya for them. And , as for me whom not a full time housewife ni PLUS not good enough in cooking, that event is ibarat Pucuk di Cita Ulam mendatanglah kan. TST lah what is the reason.

So, for tonite, it's Angah's turn to choose the place. " Angah nak makan steamboat lah mama.."

For certain peoples, maybe it's too luxury to do it every weekend. Actually it's depends on family's affordability. So, as for me, why not..JOM kita makan steamboat . Mama treat @ belanja all of u, tapi babahlah yang kena bayar. Yummy..

p/s..
To Brother MC di Pasir Mas.
The Pulut Kuning tak ada dalam ingatan lah dah.

The Rain, Along's Wishes...

It's raining all day long...My first Daughter had begging me to buy MP4 for her...!

Along, 14 years old really wish she could have her own without sharing with her sister, angah .
Hmm.... just tak sampai hati to reject her rayuan ...i think i can afford to buy her one.

Finally at 2.37pm, Megamall Kuantan, Samsung MP4, RM 299 .

Kasih ibu bapa tidak ternilai dibandingkan dengan wang ringgit...any objections?

.

Another Strikes and Spares

Premium Lanes. Friday . 2nd January ,2009 . 8.45 pm . So, the scores were 198, 194, 207, 186, 188, 176!
Well, that was my first bowling tournament for 2009. And i were the only lady who participated. Ha ha...kira ada berani lah jugak. Since, the others were either A or B male bowlers.

Eventhough i didn't received any hadiah , not even a free games voucher , i'm very glad to find out that my name is not the last one in the position list, at least and gratefull also because i have managed to kalahkan my husband in this tournament! (alamak...dia yang bayarkan games fee tadi..Sorry bang..ter score lebih dari u..)

Happy Bowling As Usual.

Friday, January 2, 2009

New Year, New Mood.

2008 ku tinggalkan
2009 terhidang di hadapan
Berderetan azam dan impian
Untuk dicapai dan ditunaikan
Harap berkesampaian

Penderitaan dan kesusahan
Pengorbanan dan kesetiaan
Memberiku pengalaman
Agar terus mampu bertahan
Meneruskan perjalanan
Walau beribu cabaran dan rintangan
Akan kuhadapi dengan penuh ketabahan

Ketakwaan dan kesabaran
Membawa sinar pengharapan
Kebahagiaan
TERIMA KASIH TUHAN
Limpah Rahmat MU tidak pernah kehabisan
Keinsafan..........