Monday, February 15, 2010

E-Mail Ringkas itu....

"Your life nampak almost sempurna..alhamdulilah dan sy suka cara awak yg
ramah dgn semua org dan rapat dgn ipar duai..not like me."


E-mail itu saya terima beberapa hari lepas. Dari seorang Sahabat Lama . Ada lagi beberapa ayat lain tapi saya men copy paste ayat di atas sahaja. Ianya sangat memberi makna bagi saya.


Antara lain Sahabat Lama saya ini berterus-terang . Dia mengikuti perjalanan hidup saya melalui blog saya ini! Sejujurnya saya sedikit tersentak . Kata-kata dia di atas sangat menyedarkan saya.


Saya menulis kisah hidup saya sendiri. Kisah saya dan orang-orang tersayang . Saya bercerita sejujurnya. Ada cerita gembira, ada cerita duka dan ada ketikanya saya sedikit berkeluh-kesah.
Kadang2 terasa sedikit hampa dan kecewa apabila apa yang diharap tidak kesampaian. Ada juga terasa sedikit irihati dengan cara kehidupan orang lain. Saya sebenarnya terlupa, sebenarnya ada banyak perkara indah dan bahagia yang sudah saya kecapi. Saya juga telah menulisnya di sini. Dan saya tidak menyedari semua itu sehingga e-mail dari Sahabat Lama itu diterima.


Buat Sahabat Lama, terima kasih kerana menyedarkan saya. Saya seharusnya lebih bersyukur dengan nikmat yang saya ada , yang tidak ada atau tidak tercapai janganlah diungkit2 kan kerana Allah jua yang Maha Mengetahui.


Terima Kasih Tuhan. Nikmat Mu tidak terbilang.




Friday, February 12, 2010

Water Conservation Initiative



Water is precious, yet it is being wasted or poorly managed. You can help promote water conservation by sending on this meme.



If you do, simply follow these rules:

1. Create a blog entry entitled "Water Conservation Initiative".

2. Post the Water Initiative Network's Water Facts in your post.

3. List 3 things YOU will do to save water.

4. Add in the photo above, or any photo you have taken of a waterfall, river or lake.

5. End with the line: "Find out more about water conservation and good governance by joining the Water Initiative Network on Facebook! Visit us here at: Water Initiative Network!



Tag 5 or more blog/FB friends. Be sure to copy the rules, okay?



WATER FACTS

1. Of every 100 drops of water on earth, 97 are too salty to drink, 2 are locked in ice and snow, and 1 is fresh water.

2. The daily requirement for sanitation, bathing, and cooking needs, as well as for assuring survival, is about 50 litres per person.

3. Reducing shower time from 20 mins to 8 mins saves up to 360 litres of water per shower.

4. A small drip from a faucet can waste as much as 75 litres of water a day.

5. Two thirds of the water used in a home is used in the bathroom. To flush a toilet, we use up to 9 litres of water.

6. Water-efficient toilets and washing machines are good ways to save water.

7. A low-tech way to save water is to form the habit of turning on the tap to low flow and turning it off when the water is not needed.

8. Non-revenue water (i.e. stolen or wasted water) constitutes 36% of water 'used' in Selangor, Malaysia, and this raises the cost of water for everyone.

9. Water supply infrastructure cost billions of ringgit. This money could be spent in more useful ways.

10. Large areas of forests are cleared to make way for water supply dams to accommodate our soaring demand for water. These forests and their wildlife represent our natural heritage.



3 THINGS I WILL DO TO SAVE WATER

1. Saya akan mengarahkan anak-anak saya menggunakan pinggan and cawan kertas instead of pinggan mangkuk kaca.

2. Saya akan mengurangkan routine cuci muka saya dari 3 kali sehari kepada sekali sehari sahaja.

3. Air basuhan ikan , ayam and sotong akan digunakan untuk menyiram pokok di belakang dapur.



I AM TAGGING:

  1. Soho Mama
  2. Radius Qatar
  3. Ezhan Artwork
  4. Fiqah Crystal
  5. Niena Nazmi
Find out more about water conservation and good governance by joining the Water Initiative Network on Facebook! Visit us here at: Water Initiative Network!

Thursday, February 11, 2010

Pemberitahuan

Hujung minggu ini, Keluarga Besar Tuan Haji Syed Agil Bin Syed Omar akan berkampung di Kuantan. Pertemuan dan Mesyuarat Permuafakatan Keluarga akan diadakan. Ya, saya sendiri sangat teruja. Saat-saat pertemuan begini memang kami nanti-nantikan . Kami berkumpul bersama ayahanda dan bonda, kekanda-kekanda dan juga adinda-adinda, anak-anak saudara mahupun cucu-cucu saudara.


Bersolat jamaah bersama, bermesyuarat dan menikmati hidangan dalam suasana muhibah. Saya sudah dapat membayangkan suasana indah itu nanti. Ceria, bahagia dan mesra...kami diselubungi kasih sayang sesama sendiri dan dilimpahi restu ayahanda dan bonda.


Saya pasti akan bercerita lagi mengenai Pertemuan Keluarga ini . Buat adinda (dan keluarga) yang tidak dapat hadir bersama, kasih sayang kami tetap ada! Anda tidak kami lupakan....anda sentiasa di hati kami.


Monday, February 8, 2010

Sehari Tidak Bekerja

Saya bercuti rehat hari ini. Saya membayangkan diri saya sebagai seorang Surirumahtangga Sepenuh Masa. Maka routine saya pada hari ini adalah seperti berikut:
  • 5.20 pagi: wake up call
  • 6.00 pagi: membangunkan anak-anak
  • 6.50 pagi: anak-anak ke sekolah , err En.Suami yang menghantar anak ke sekolah
  • 7.00pg - 8.30pg : menonton tv
  • 8.35pg : ke sekolah, Irfan tertinggal Pencil Box
  • 9.00 pg : menonton tv.
#nota: saya tidak perlu mengemas rumah and membasuh baju segala, saya ada pembantu.

  • 10.00pg -12.15 tgh - ke salon, bersauna berfacial and hair treatment
  • 12.30 - 1.40 ptg : ke kedai kain and ke tailor, ambik baju dah siap and hantar kain untuk di jahit
  • 1.41 ptg - 2.15 ptg : mengambil anak dari sekolah
  • 3.00 ptg : Menghantar Irfan ke KO _Ko.
  • 3.15 - 5.00ptg : Ke Bank urusan kewangan, Ke kedai membeli hanger2 and Stand untuk tudung
  • 5.30ptg: Sudah berada di rumah. Permintaan Shera : Buat Makaroni Bakar
  • 6.20 ptg : meng'update' blog.. Hari biasa saya berada di Gym atau Swimming Pool.

Kesimpulan saya :
  • Walau tidak bekerja( di opis) tidak bermakna saya duduk diam sahaja di rumah, boleh bersenang lenang berbaring2 sambil membaca majalah atau menonton tv sepanjang masa! Anak2 juga tiada di rumah kerana bersekolah, ada kelas tambahan, aktiviti ko-ko mahupun ke kelas mengaji Quran dan fardu Ain.

  • Buat waktu dan ketika ini, saya akan terus bekerja . Saya masih boleh meluangkan masa bersama anak-anak di malam hari sambil mengawasi mereka menyiapkan kerja sekolah ataupun mengulangkaji pelajaran. Saya juga tetap memastikan weekend adalah hari keluarga dan melakukan aktiviti bersama-sama mereka.


  • Walaupun begitu, saya amat mengagumi kawan-kawan saya Suri-surirumah Sepenuh Masa yang tetap gigih dan komited menguruskan rumahtangga masing-masing. Saya kagum dengan kesabaran mereka.

  • Saya amat bersyukur kerana En Suami memahami saya dan kami sama-sama dapat menguruskan hal rumahtangga terutamanya kebajikan anak-anak secara teratur. Susah sama dipikul, ringan sama dijinjang.

  • Terima Kasih Tuhan. Nikmat Mu tidak ternilai.


Thursday, February 4, 2010

Memori Indah Doha : Ketibaan VS Keberangkatan

Saya perlu menulisnya di sini. Agar memori ini dapat di baca berkali-kali nanti.



Waktu Ketibaan Di Doha International Airport.
Kami sangat gembira dan teruja.
Tidak sabar untuk bersua muka dan berkongsi cerita.





Hari Keberangkatan pulang. Kesedihan melanda suasana.
Ya, kami semua sangat bersedih hati.
Entah bila dapat ke sana lagi.





Yang ditinggalkan. Jauh di mata dekat di hati....dengar cerita ada sessi terapi menenangkan diri selepas itu, pergi soping! Alangkah indah kalau kami juga dapat menyertai.



Saya berbisik kepada anak-anak (sambil memujuk diri sendiri)
: jangan bersedih, kita akan berjumpa lagi nanti.

Wednesday, February 3, 2010

Doha Again?

Time is running very fast. Today is 03 February 2010.


I'm quite stressfull now, with all the datelines to meet, i just wished to be away from the office and enjoy myself somewhere.


......Nak pi mana ye? Doha again? Anak-anak sekolah lah....

Tuesday, February 2, 2010

Terguris...

Ya..hati saya sedikit terguris dan saya bersedih. Tingkahlaku saya telah disalahertikan. Saya memang tak sempurna mana..Saya cuma menjalani kehidupan saya mengikut cara saya. Dan mungkin tanpa saya sedari tingkah laku saya mungkin melukakan hati orang lain. Saya menghormati perasaan itu ...