Thursday, February 11, 2010

Pemberitahuan

Hujung minggu ini, Keluarga Besar Tuan Haji Syed Agil Bin Syed Omar akan berkampung di Kuantan. Pertemuan dan Mesyuarat Permuafakatan Keluarga akan diadakan. Ya, saya sendiri sangat teruja. Saat-saat pertemuan begini memang kami nanti-nantikan . Kami berkumpul bersama ayahanda dan bonda, kekanda-kekanda dan juga adinda-adinda, anak-anak saudara mahupun cucu-cucu saudara.


Bersolat jamaah bersama, bermesyuarat dan menikmati hidangan dalam suasana muhibah. Saya sudah dapat membayangkan suasana indah itu nanti. Ceria, bahagia dan mesra...kami diselubungi kasih sayang sesama sendiri dan dilimpahi restu ayahanda dan bonda.


Saya pasti akan bercerita lagi mengenai Pertemuan Keluarga ini . Buat adinda (dan keluarga) yang tidak dapat hadir bersama, kasih sayang kami tetap ada! Anda tidak kami lupakan....anda sentiasa di hati kami.


8 comments:

Anonymous said...

uwaaaaa
IJA

Anonymous said...

Kim salam peluk cium kat semua ye..
-IJA-

sherry said...

Ija.

Anda berhak untuk bersedih! Uwaaa....

Cat-from-Sydney said...

Aunty Sherry,
I've been mean. I've tagged you. Check out my latest entry - Water Conservation Initiative. har har har *evil laughs*

Angelina (I copied Brad's trademark laugh)

*pssst...sambil jumpa sedara-mara tu jangan lupa jimat2 air, tau!

sherry said...

C-I-S.


Aunty akan menjawab tagging mu itu nanti..takder had masa kan? Or should i wakilkan Brad to do it on my behalf? Aci tak?

Snakebite said...

waa bahagia awok yak. koi pulak berat je bila seme kena kumpul ramai-ramaigitu. sebab nya kadang kadang tu ada yang beramuk, ada yang tak puas hati,ada yang merajuk. koi dah lebih jadi pasukan pendamai PBB.

Snakebite said...

ralat: lebih=letih

sherry said...

Tokli.

Alhamdulilah..setakat ini hubungan kekeluargaan kami amat rapat. Ada Family Funds tau..walaupun amaun contribution per month tak banyak mana tapi siap ada Penyata Kira-Kira dan sebagainya, yang seronoknya masa ni lah kutuk mengutuk bahagia sesama sendiri....