Monday, February 15, 2010

E-Mail Ringkas itu....

"Your life nampak almost sempurna..alhamdulilah dan sy suka cara awak yg
ramah dgn semua org dan rapat dgn ipar duai..not like me."


E-mail itu saya terima beberapa hari lepas. Dari seorang Sahabat Lama . Ada lagi beberapa ayat lain tapi saya men copy paste ayat di atas sahaja. Ianya sangat memberi makna bagi saya.


Antara lain Sahabat Lama saya ini berterus-terang . Dia mengikuti perjalanan hidup saya melalui blog saya ini! Sejujurnya saya sedikit tersentak . Kata-kata dia di atas sangat menyedarkan saya.


Saya menulis kisah hidup saya sendiri. Kisah saya dan orang-orang tersayang . Saya bercerita sejujurnya. Ada cerita gembira, ada cerita duka dan ada ketikanya saya sedikit berkeluh-kesah.
Kadang2 terasa sedikit hampa dan kecewa apabila apa yang diharap tidak kesampaian. Ada juga terasa sedikit irihati dengan cara kehidupan orang lain. Saya sebenarnya terlupa, sebenarnya ada banyak perkara indah dan bahagia yang sudah saya kecapi. Saya juga telah menulisnya di sini. Dan saya tidak menyedari semua itu sehingga e-mail dari Sahabat Lama itu diterima.


Buat Sahabat Lama, terima kasih kerana menyedarkan saya. Saya seharusnya lebih bersyukur dengan nikmat yang saya ada , yang tidak ada atau tidak tercapai janganlah diungkit2 kan kerana Allah jua yang Maha Mengetahui.


Terima Kasih Tuhan. Nikmat Mu tidak terbilang.




19 comments:

Cat-from-Sydney said...

Aunty Sherry,
Yes! Syukur with what we already have.... purrr....meow!

sherry said...

C-I-S.

Yezzer! Kadang-kadang kita tak nampak nikmat yang kita dah dapat, kena orang lain bagitau..

mamasita said...

Yeah..we must never forget how lucky we are..bahagia walaupun taklah kaya sangat,pandai walaupun tak bijak macam Einstein, cantik walaupun bukan muda jelita macam celebrity gebu..dan Alhamdullillah kita masih nak cuba jadi warak walaupun bukan lebai..hehe..

Anonymous said...

Betulkan K Jane...kita bersyukur dengan keluarga yang dianugerahkan kepada kita..menerima mereka dan mereka menerima kita seadanya.. Buruk dan baik kita tetap keluarga, itulah hakikatnya. Alamak dah homesick la..uwaaaa

Mat Cendana said...

Memandangkan "Sahabat Lama" ni turut membaca blog ni, saya nak tulis sedikit dengan menambah. SL ada mengeluh `...tidak seperti saya'. Syukur, nampaknya SL juga mempunyai peluang kerana sedar tentang apa yang tiada. Ini bermakna SL boleh mencontohi segala apa yang dlakukan oleh SNJ.

Saya agak baru mengenali SNJ dan Nazmi - dalam 17 bulan. Saya rasa salah satu faktor yang telah membawa mereka ke arah ini ialah kerana "mereka memberi". Saya boleh berkata begini kerana saya adalah salah seorang yang bernasib baik; yang telah "menerima".

Berapa orangkah yang sudi berdekat, mengambil tahu tentang orang yang mempunyai rekod hitam seperti saya?..Mungkin ada, walau tak ramai.

Tetapi berapa yang sanggup SENTIASA begini, tanpa jemu dan bosan, secara BERTERUSAN? Yang terbuktinya ialah SNJ & suami.. orang-orang yang telah meningkatkan diri dan keluarga saya. Saya tidak akan nyatakan secara terperinci; memadai dengan menyatakan bahawa "telah banyak bantu dalam menyelamatkan dan membina; yang tak mungkin berlaku tanpa intervention mereka".

Apabila seseorang itu ikhlas mengerjakan sesuatu, walaupun saya sendiri tidak berpeluang untuk membalas buat masa kini, ada Kuasa yang akan melakukannya. Dan SL serta orang lain akan turut berjaya seperti mereka, Insyaallah.

Snakebite said...

gitu kaa? memang awok nasib baik...sebab hati awok baik...so maintain gitu sokmo

sherry said...

@D.Mamasita.

Tulah...kita bersyukur ajelah ngan apa yg dah ada kan.

sherry said...

@Ija.

Alahamdulilahlah...air yg dicincang takkan putus!

sherry said...

@Bro MC!

I am blushing now! tak yah pakai blusher dah.

Thanks for your good works! Saya rasa saya boleh 'memberi' sebab saya juga ada 'menerima' ! Alhamdulilah..

sherry said...

@ Tok Li.

Kalau betul saya baik hati, saya harap ianya kekal sampai mati!

Unknown said...

k sherry

kita berkongsi serba sikit kehidupan untuk dijadikan panduan bg mereka yg berhajat.

Unknown said...

Hehehe...

Orang slalu inginkan apa yg kita ada, sedangkan kita sendiri kengkadang tak menghargainya...

Kan?

Anonymous said...

Err... baru sedar !

Apa yang kita ada, selalu kita pandang remeh. Hanya fikir yang benda2 yang kita tidak mampu kecapi.

Sedangkan nikmat yang mencurah-curah amat kurang kita syukuri. Alhamdulillah. Kita masih boleh bernafas dengan tenang, sedangkan ada diantara kita bertarung dengan nyawa ketika ini.

sherry said...

@Izan.

That's what frenzs are for lah kan. Sharing is caring!

sherry said...

@ Versed Anggerik.

Memang benar!

sherry said...

@Tie,

Betul Tie... benda yang tak dapat tu lah yang dok kita ingat2 sangat. Yang dah dapat tak plak kita menghargai dan bersyukur. Tulisan ni khas untuk diri akak sebenarnya. Peringatan buat diriku yang sering terlupa.

Mummy Nana said...

SAlam Kak Sherry...
betul tu.. kita bersyukur dgn apa yang kita ada.. insyaallah hidup kita akan gembira.. Amin. Semoga sama2 kita mendapat keredhaannya..

Anonymous said...

Jannah,

When you reflect back the photo of flooding at your Kampong, it has always remind me the reality of life and the real you. At times the weather is bright and sunny, at times it is not so bright, but we as Insan, must take it with 'syukur' and 'sabar' and you have reflect that. Excellent.... share more of Kuantan life to the world. from Zahid

sherry said...

Zahid.

Thanks for your nice and sweet words! ya..kita kena sentiasa bersyukur and bersabar!