Monday, January 24, 2011

Di Sana Curang, Di Sini pun Curang.

Saya sedikit tersentak mendengar berita itu. Mereka dikatakan pasangan bahagia..Masih muda, dan lebih muda daripada saya sendiri,  Si suami, (sekarang bekas suami )berjawatan tinggi di syarikat gergasi di Pantai Timur ini. Manakala si isteri (bekas isteri) tidak dinafikan comel dan bergaya , tidak bekerja , hanya menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Masa terluang diisi masa dengan menyertai persatuan2 Wanita  dan sebagainya.


Tapi sayang seribu kali sayang, kepercayaan yang diberi si suami telah disalahgunakan, Si isteri berkenalan dan menjalin hubungan dengan seseorang yang bergelaran katanya. Cerita sebenar si suami pun rupanya bukanlah baik benar..juga berlaku curang, kerap ke Tanah Seberang untuk liburan juga!


Maka, benarlah kata Allah itu.." Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik ". Seandainya pasangan berlaku curang, ianya bukanlah tiket untuk menghalalkan kita juga patut berlaku curang.


Episod seterusnya saya tidak ketahui secara detailnya tetapi ikatan itu telah runtuh jua beberapa bulan yang lepas, anak-anak dijaga Si Suami. Sedih rasanya mengenang anak-anak kecil itu. Saya tidak mengetahui ke mana arah Si isteri..


Pengajaran untuk saya: Sangat banyak.! tidak perlulah saya catatkan di sini, memadai kisah ini dijadikan pengajaran dan teladan.


24 comments:

Wan Sharif said...

Astagfirullah.. selalu juga Ayoh Wang dengar cerita sebegini di tempat kerja saya sendiri.. mungkin mereka lupa yang Syayathin telah berjanji untuk menyesatkan kita semua selain orang orang yang ikhlas.. itulah agaknya Allah mempeingatkan kita supaya "menjauhi zina.. dalam "La taqrabazzina.. jangan menghampiri zina.."
Kata orang zina ni ada enam peringkat..
Alamak pagi pagi lagi Ayoh Wang dah berleter panjang.. maafkan saya..

Seri Bahasa said...

yang kesian tu anak2 jadi mangsa nanti. sekarang tak kisahlah tapi bila anak2 dah besar panjang baru nak menyesal.

Cat-from-Sydney said...

Aunty Sherry tak curang pada saya kan? I'm your favourite forever kan? har har har *evil laughs*

Brad

Unknown said...

Mak pun amik iktibar dari post ni juga nyahhhh...

Semoga dijauhkan dr situasi2 sebegini!

BUNGA said...

sedihnya Aunty.. berusahalah kita untuk menjadi yang terbaik buat pasangan masing2.. mudah2an hidup kita diberkati :)

Misz-ella said...

Kalau dah tak sefahaman lagi, lbh baik perkahwinan itu diakhiri, dari hidup menanggung dosa.

Padahnya anak2 yg sengsara.

misza said...

semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini. dunia hanya sementara, akhirat yang kekal sedia menanti.

CikSembang said...

hmmm ini lah dunia sekrg.. semoga kita ambik pengajaran ye sherry

radin fadli said...

nasib baik anak mak ni setia orangnya...untung siapa dapat anak mak ni...=)

Mencari Sinar Kebahagiaan said...

Anggap je jodoh dorang sampai takat tu jer... kita hanya mampu merancang... selebihnya... kita serahkan padaNya....

Peace...

Zasillah Ariffin said...

memang banyak pengajarannnya . terima kasih kak untuk cerita nie =))

al_hakim said...

manusia zaman sekarang..moga kita dijaukan dari ujian ini..=)

Elie Lily said...

aduhai..mintak simpang dengan kecurangan!
semoga kita dijauhkan dari perbuatan sebegini..i'allah :)

Bungasunti-Maternityandnursing said...

nauzubillah. takutnya.mintak jauh

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Bila terlalu mengejar kebahagiaan dunia sehingga lupa mempersiapkan diri utk akhirat yang bakal tiba bila-bila masa.... maka itulah yang bakal terjadi dan yang pastinya, anak-anak bakal menjadi mangsa. Semoga Allah jauhkan kita daripada kepincangan seumpama ini..... N3 ini memberi pengajaran kepada kita.

zul permatang badak said...

Entahlah....zaman sekarang ni..pelik betul....kesian anak2...

Unknown said...

sane sini curang . mcm mane nak bhagia . :)

Asrul "iLham" Sany said...

whatever happens to married life these days???

btw, udah follow akak, harap follow n komen saya juga ya ;D

azzey said...

Mmg byk pengajaran andai ada yg mengambilnya sbg iktibar....

Kak Imun said...

Salam, sherry. Cerita ni bnyk iktibarnya...moga2 dijauhkan dari kita semua.....:)

ammboi said...

mmm...ambik citer ni sbg iktibar..
tq kak , n3 yg baek!

Artikel Panas : Lawak Laki Bini : Isteri Yang Dingin (Nikah SX)

Mr Laici said...

Cerita benar ke nie.. ermm sad sagt2.. jauh kan aku dari perkara2 macm tue.


Entry Terbaru: Sape Nak Traffic free!!!

Eza said...

hurm..berdoalah agar benda ni xjd pd kite..bljr dr kesilapan org..

Latest entry:Mamat ni kalau tak berlagak,tak sah...haih.

Ayu said...

Moga ia dijadikan peringatan pd semua & juga sy... Mintak dijauhkan & tidak diduga dgn perkara sedemikian. Hanya iman & takwa serta selalu ingat Allah jea benteng menghindarkan perkara ini.. Subhanaallah...