Wednesday, February 16, 2011

Homesick

Shira dah selamat mendaftar di MRSM Mersing pada 7hb Februari yang lalu. Terima kasih Tuhan. Segalanya telah dipermudahkan. Shira sedikit homesick...tapi alhamdulilah, semangatnya untuk belajar dapat mengatasi perasaan itu.



Panggilannya setiap hari membuat hati ini sedikit sayu dan hiba..dan semalam, sempena cuti umum Maulidur Rasul, kami berangkat ke Mersing menjenguk Shira. Tersenyum simpul wajahnya melihat kedatangan kami sekeluarga.


"Semalam Angah nangis Mama!"


"Kenapa pulak, kan Mama janji nak datang."



"Masa kat surau, Cikgu buat pengumuman ada aktiviti persediaan Sambutan Maulidur Rasul...Angah bimbang Mama tidak dibenarkan datang melawat Angah. Angah bimbang..tak lena tidur Angah."


Kesian anak mama, patutlah sebelum semalam tu, 7 kali Angah call to make sure Mama datang.


"Alahai  Angah, kan Mama and Babah dah janji nak datang, insyaallah, kalau tiada sebarang halangan, kami tetap akan datang melawat Angah.".


"Angah belajar jelah rajin-rajin kat sini okay, Mama and Babah setiap masa mendoakan kejayaan Along, Angah and Adik."


Dan pertanyaan Angah sebelum kami berangkat balik.."Mama, next week bolah tak datang lagi?..


Picture credit to Google.

16 comments:

Cat-from-Sydney said...

Aunty Sherry,
"Semalam Angah nangis Mama!"
Bukan sepatutnya: Semalam Mama nangis Angah... har har har *evil laughs*

sherry said...

C-I-S.


shhhhhhhhhhhh! mama ni memanglah kaki uwaaaaaaaaaaaaaa...

Mawe said...

biasa la tempat bru... hehe.. lama2 nti ok la tu kot..

sherry said...

@Mawe.

Nasib baik Kuantan to Mersing not that jauh..bolehlah datang balik hari kalu nak jenguk anakanda di sana.

Beruntung budak2 sekarang compare dgn masa Aunty belajar dulu..jumpa mak Abah masa balik cuti semester jer.

Pia said...

sherry...biasa la homesick kan,nak2 pulak budak2 pompuan.Lama2 ok la tu
Teringat ank sulung sy 3 thn lps,dpt asrama penuh gak (dpt 5A)..mati2 dia tak nak masuk.Tp dia buktikn sek biasa pon dia boleh buat.tunggu dn lihat PMR thn ni..Sama2 kita berdoa utk masa dpn ank2 kita..

BUNGA said...

ala.. kesiannya dia..
saya pun pnh merasa mcm anak aunty dulu. tp lg sedih sbb makbapak x boleh dtg jenguk saya.. mana taknya, ayah saya sakit lumpuh, mak pulak x blh nak jenguk2... tetiap hari saya menangis ..uwaaa... sedih.. tp tu dululah... skrg pun sdh jugak sbb duduk jauh dgn emak.. hehe

Unknown said...

Muahahaha....

Budak baik mmg camtu! Mak dulu, dah masuk MRSM, tak balik dah Kuantan except for Raya. Tepon mak dgn ayah hanya utk mintak duit. The rest of the time, I was truly enjoying myself!

But then! U wouldn't want Angah to turn out like me, kannnn?

mamasita said...

Alahai..angah dan Mama 2 kali lima..
Angah tak payah risau..mama tu memang cari chan jer nak datang! :D

AngahSayang2314 said...

angah singgah sini & 4llow uuu

sherry said...

@Piasara

TQ..sama2 kita doakan kesejahteraan anak2 kita kan.

sherry said...

@Bunga.

Ciannyer..mai la dtg Kuantan..boleh manja2 ngan aunty.

sherry said...

Nyah..

Mak suka cara ngko tu..sgt berdikari..at the end ngko tak lupa pun tanggungjawab ngko sbg anak kan..

sherry said...

@ Mamasita.


hihi..diam2 jelah ye.

sherry said...

@angah/

hi Anggah...TQ dtg sini and follow Aunty.

syarifahsidrus said...

tringat msa kt sekolah dlu,homsick je..tp bla da makin bsar mkin truk hmesick la aunty,everyweek rsa nk blik..he2..hopefully angah xjd cm2.:-).

Penunggu Hujung Dunia (PhD) said...

salam..

Tak per.Kesusahan itu latihan yg baik. Kesenangan ujian yg melalaikan.