Sunday, February 27, 2011

Makaroni Bakar ( The Revised Resepi )

Dah seminggu Angah keep calling from Mersing, kata nak makan Makaroni Bakar. Hmmm, Mama dah pernah buat sebelum ini, tapi kali ini Mama cuba buat dengan membuat beberapa modifikasi. Hasil dari aktiviti Mengoggle , inilah dia The Revised One.




BAHAN-BAHAN :
  • 1 bungkus makaroni
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji bawang besar
  • 400 gm daging cincang
  • 400 gm ayam cincang
  • 1 tin tomato puri jenama Du Chef
  • 1 gelas susu cair
  • 1 tin Campbells Soup
  • secukup rasa perasa lada sulah, black pepper and oregano
  • 1 tangkai daun sup
  • 3 sudu cili sos
  • 1/2 biji cili bangla hijau
  • 1/2 biji cili bangla merah
  • 10 biji telur
  • carrot.
  • 1 bungkus cheese parut Mozarella


CARA MEMBUAT :-
  • Rebus makaroni sehingga kembang, toskan .
  • Tumis cili sos dan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan daging cincang , goreng hingga masak.
  • Masukkan makaroni, cendawan butang, karot dan cili bangla.
  • Masukkan garam dan perasa. Gaul rata.
  • Masukkan daun sup.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Sediakan bekas pembakar, sapukan sedikit mentega di sekeliling bekas.
  • Masukkan makaroni. Pecahkan Telur. Pastikan telur menutupi semua makaroni.
  • taburkan cheese parut Mozarella.
  • Bakar dalam ketuhar 180"C selama 30 minit.

Setelah dimasak di atas dapur, angkat dan sejukkan





Insyaallah, pagi esuk seawal 7 pagi En Suami akan bertolak ke Mersing membawa Makaroni ini dan beberapa barang lain untuk Angah. Mama tak dapat ikut kali ini, ada urusan kerja.


Walaubagaimanapun, satu dish akan Mama hantar ke Galing untuk Along.

5 comments:

Cat-in-Sydney said...

Aunty Sherry,
Where's mine? har har har *evil laughs*

maira said...

salam kak sherry, thanx share resepi tu.. terliur la pulak hehe

gnesop.com said...

best nyer.. boleh minta sikit aunty.. :)

Cik Yana said...

Sedapnye. Kalau la ada oven sendiri. Huhuhu~

iZzuDdin said...

sedap nye...cuti weekand ni nk try la =)