Tuesday, November 23, 2010

Sms Pilu

"Dik, ada tak Abang De called U?"

"Takder lah kakak. Pasal apa?"

" Abah tak sihat."

dan sms sms itu terus bersambung-sambung. (rupanya kami sama2 menahan perasaan..even masa saling ber sms pun dah berderai-derai inikan pulak kalau bercakap di telephone!)


Teringat kembali sms adik bongsu pada hari sabtu lepas:-

" W'salam. I dah kat Madinah. Semalam bertolak dari Mekah. Esuk pagi akan bertolak balik ke Qatar. Semalam Mak, Yed dan Abah demam..Abah yang paling teruk..sampai muntah muntah semua...tapi Alhamdulilah Yed duduk sebilik dengan Doktor Tabung Haji...so, diorang masukkan drip air kat abah dalam bilik. Yed kata malam dah berkurang..Mak pun dah kebab."

Ya Allah! Hanya Tuhan yang tahu perasaan ku ketika itu. Cepat2 ku kirimkan sms kepada adik di Qatar yang kebetulan baru sampai di Qatar ketika itu.

"Ija..please call Yed now ! tanya keadaan Abah!"

Pastinya ketika itu , adik bongsu  cemas dan keliru. Dan juga berderai-derai! Adik kami yang sorang ni pun kememey orangnya.

...................................................................................................................................................................

Rupanya keadaan abah sedikit membimbangkan. Dan adik di sana sedang menguruskan untuk membawa abah ke hospital.

Sms dari Ija sedikit melegakan.

" Yed sedang tunggu ambulan ..nak bawak Abah ke hospital. I pun dapat cakap ngan Mak..Mak kata doa kan ajelah."

Hanya doa kami semua panjatkan agar Allah permudahkan segalanya. Berat jugak dugaan Yed dan Ita di sana rupanya. Pengorbanan mereka tidak dapat dibilang...semuga ganjaran Ilahi menanti mereka.

4 comments:

♥ azura wif lurvee ♥♥ said...

sabar eh sis.. semoga dipermudahkan urusan mereka di sana :) AMIN

sherry said...

# Azura.

Thanks Dear..uhuk! uhuk!

ME said...

sabarlah sherry .. insyaAllah balasan pahala yg besar utk Yed .. & insyaAllah segala2nya dipermudahkannya ..

sherry said...

@ME.

thank u..