Tuesday, October 5, 2010

Coretan Hari Lahir

" Selamat Hari Lahir...pasti sedih meninggalkan hari-hari berlalu yang mewarnai hidupmu, tak pasti jangkauan hari-hari mendatang yang masih boleh diaduni. Semoga hari-hari yang berbaki itu, dipenuhi dengan bekalan yang boleh memayungi hidupmu dan kita di mahligai abadi."



Itulah antara ucapan-ucapan yang diterima sempena Harijadiku semalam. Ucapan dari kakak sulung tersayang itu terasa begitu bermakna bagi diri ini. Rasanya tidak perlu ku ulasi lagi. Ianya sudah terang lagi bersuluh. Biarlah hanya diri ini yang menyimpulkan segala perasaan yang ada untuk terus ku mengharungi liku-liku kehidupan ini.



Pagi-pagi lagi ku menghubungi Ayahanda dan Bonda di kampung, bertanya khabar dan mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa-jasanya melahir dan membesarkan ku. Tidak terbalas jasa dan pengorbananmu duhai Ayahanda dan Bonda. "Ya Allah, Engkau berkatilah dan kasihilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihiku sejak kecil. " Doa itu juga ku titipkan buat kedua ibu dan ayah mertua ku yang menganggap ku seperti anak kandung mereka sendiri.



Seribu kesyukuran juga atas segala nikmat tuhan kepada ku. Dikurniakan seorang suami yang baik , mengasihi dan memahami ku, dan menerima aku seadanya, dianugerahi anak-anak yang baik , telah membawa kebahagiaan dalam rumahtanggaku. Alhamdulilah. Aku mungkin bukan seorang isteri dan ibu sempurna buat mereka tapi aku bersedia untuk membaiki kekurangan dan kelemahan diri demi kebahagian kita bersama.



Tidak lupa juga aku bersyukur kerana ikatan kekeluargaan antara kami adik-beradik juga adik beradik ipar amat erat dan rapat . Semuga hubungan baik ini berkekalan sehingga penghujung usia.



Buat Sahabat-sahabat baik yang sentiasa berada di sampingku di waktu susah dan senang, (anda tahu siapa anda) .Thank you very much for being such a good friends to me all these years. I really luv all of you.



Akhirnya, sesungguhnya aku amat berbahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada dan miliki di saat ini. Terima kasih Tuhan. Hanya Kepada Mu Aku berserah.



p.s : gambar cuci mata ! Antara hadiah-hadiah yang ku terima semalam. Bagi ku hadiah-hadiah ini hanyalah simbolik sahaja, yang lebih bermakna ingatan dan doa kalian untuk ku.










Semuanya aku suka! Terima kasih yang tidak terhingga!



8 comments:

ME said...

Happy birthday SN ..

Cat-from-Sydney said...

Aunty Sherry,
HAPPY BIRTHDAY!!!!! MMMMWWWWAAAHHHHH!!!!

XOXO
Brad

sherry said...

@ME

Thank U.

sherry said...

@C-I-S.

Hiii My Darling Brad. Glad seeing U here! Muahhhhhhhh.

Mummy Nana said...

Happy Birthday Kak Sherry.. Semoga bahgia selalu.. wah.. bestnya dpt byk hadiah...

nuruLfazryn said...

huwaahh...sume hadiah cantek menarek tertarik.huu..

sherry said...

@mummy nana.

thank u...akak dah tua! huhuhu..

sherry said...

@Ryn..

maknanya masih ada yang sayang padaku...hihi.