Thursday, August 5, 2010

Tenang

Tenang
Tenanglah jiwa
yang kegundahan
kepada tuhan pasrahkan diri
mohon kekuatan
mohon dimantapkan iman.

Tenanglah jiwa
tika mengharungi laut kehidupan
yang saban detik terus bergelora
moga diri semakin mengerti
yang tersurat dan tersirat.

Diri yang kerdil
moga kepada Tuhan
takkan derhaka
terus mengabdi diri
dengan ikhlas dan tulus
agar hidup dirahmati
untuk selamanya.

oleh:
Mohamad Nordin Abdullah
Bagan Datoh, Perak
Majalah Nur, JANUARI 2007.

3 comments:

Mummy Nana said...

Heheh tulah dah xkeja nie bila2 free rajinlah update.. tapi kalau malas melanda heheh... terbiar camtu jek... Salam Ramadhan 2u2 Kak Sherry semoga bulan ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua... Amin...

Cat-in-Sydney said...

Aunty Sherry,
Salam Ramadan. Selamat Menjalani Ibadah Puasa. roar! roar! roar!

Tie said...

Salam kak sherry, lama tak dengar khabar...