Thursday, November 12, 2009

PERMINTAAN DOHA

Seorang boleh bawak 30 kg, kalau 7 orang boleh bawak 210 kg!

Setiap hari saling ber YM and ber Skype dengan adik kesayangan di Doha..(kenalah tinggi budi bahasa kan #wink #wink ),tidak pernah lupa to discuss pasal "permintaan Doha" seperti berikut:

1) Lesung batu .
2) Sardin
3) Maggi kari
4) Kuih Putu
5) Telur Asin
6) Kuay Tew
7)Bola bowling 11 paun
8) Beg Bowling
9) Rempah Sup Bunjut Adabi
10) Rempah Sup Tulang Mak Siti
11) Kari Daging Adabi
12) Kari Ayam Adabi
13) Kari Ikan Adabi
14) Kari Daging Faiza
15) Kicap Manis
16) Sayur Pucuk and suun
17) Budu Peket
18) Tepung Beras
19) Kuaci
20) Tudung
21) Blouse
22) Handbag
23) Ikan Talang
23) Ikan Gelama
24) Kopi Radix
25) Ikan Bilis
26) Keropok Keping
27) Sotong Kering
28)
29)
30)


apa lagi ye...



Sebagai selingan, gambar-gambar dibawah ini adalah kenangan semasa ayahbonda berada di sana..thanks Lan (or your fren whoever ) for the pictures. I copied paste dari FB.


Mak, abah, Lan and Ija...






Anak-anak semakin tak sabar....sudah mula berbincang2 pasal persiapan untuk ke sana..

Mama and babah semakin risau. Training bowling tidak juga ni. . Besarlah harapan agar orang Doha bermurah hati bagi handycap banyak-banyak nanti. Mana aci, u all training hari-hari.

Our Checklists akan menyusul ....


8 comments:

Snakebite said...

yang lain tu boleh faham tapi bola bowling? tak kan sana takde? kalau takde nak main kat mana? padang pasir?

sherry said...

Tok Snake.

Tu bior tuanpunya badan yg jawab ye..we all uruskan aje..nanti kalah takleh perform menyalahkan bola bowling pulakkan...

P/S...Radius Qatar , sila jawab..hehe.

Pi Bani said...

Mak aihh... panjangnya senarai!! Apasal tak masuk sekali segala kelapa, pisang apa bagai?

Unknown said...

Wachaaa such a long list :)
But then again, kalau I kat overseas pun mgkn lebih kurang sama panjangnya list I..

sherry said...

Cik Pi sayang.. lists tu from my adik...kalau from me sendiri sure tikar bantal buah manggis and langsat masuk jugak.

sherry said...

@Soho Mama.

biasalah kan Millie..KS plak kenalah jaga hati tuan rumah sana kan..kalu tak mana nak duduk 16 hari kat Doha nanti..so, berbahasalah kan since nak tumpang rumah orang.

Unknown said...

Sorry lambat komen...
Hujan emas negeri org, hujan batu negeri sendiri, so mana sama kan? Klau nak tahu macamana kat qatar ni sudi sudilah buat kunjungan hormat, accomodation free of charge.
List panjang tu saja je nak menyusahkan kakak ipar klau tak siapa lagi kan? Lg pun kat mesia barangan makan murah dan banyak....
Langsat, duku, rambutan pun blh masuk list sebab tak tahu bila bolh merasa buahan tu klau kat sini 100gm dah berpuluh ringgit.

Liza Azahar said...

Panjangnya senarai permintaan. Harap-harap senarai tu tak tersangkut kat immigration. Kalau kat australia, separuh daripada permintaan tu tak boleh dibawah masuk kerana ia adalah bahan larangan. Penat aje bawa barang tu, sampai kat airport tak boleh bawa masuk.