Tuesday, November 17, 2009

Don't Be Sad


Penulis :Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
Antara lain penulis ini menulis :
Buku ini saya tulis buat orang yang merasa hidup yang sempit, resah dan sedih; atau buat mereka yang ditimpa musibah atau tertekan hingga tidak dapat tidur dan mengalami insomnia!
Buku ini menggesa anda : "Bergembira dan berbahagialah , optimis dan damailah hidup anda."
Lebih dari itu ianya menggesa anda: "Jalanilah hidupmu apa adanya dengan rela dan senang hati."
Buku ini juga cuba memperbetulkan kesalahan-kesalahan anda yang sifatnya berlawanan dengan fitrah, sama ada dari segi cara anda ber interaksi dengan sunah alam atau dengan sesama manusia, bahkan dengan tiap2 sesuatu, pada setiap masa dan ketika.
Sesungguhnya ia melarang anda dari berterusan dengan sikap memusuhi hidup dan melawan ketentuan, menentang sistem dan menolak dalil. Sebaliknya, ia mengajak anda dari tempat yang paling hampir, dari dalam diri anda sendiri dan roh anda, supaya anda tenteram, mengambil manafaat dari bakat dan anugerah yang ada pada diri. Pada waktu yang sama ia menyeru anda supaya melupakan duri2 hidup dan keluh-kesah yang memenatkan anda dalam meniti usia.



KOMEN ;
Saya belum selesai membaca nya, tapi saya pasti saya akan mendapat ilmu yang berguna nanti..

6 comments:

VersedAnggerik said...

Mak ada buku ni!

Sbb tu mak sentiasa hepi jer! Muahahaha...

But seriously. Its a good book. It teaches us to be thankful for what we already have!

Cat-in-Sydney said...

Aunty Sherry,
Yeah! Don't worry, be happy! Macam kucing ni, happy sokmo! meow!

sherry said...

yezzer Ahan..

Bersyukur dengan apa yang ada..jangan dok berkeluh kesah ngan apa yang takder. Nikmati hidup kita kan.

sherry said...

Hi Cat-In- Sydney.


Hidup ini indah kan...meow!meow! happy sokmo.

SOHO Mama said...

Kita manusia ni selalu lupa kan (esp me!)? Sebab tu lah kena "diingatkan". I rasa lah. Tu yg elok baca buku2 mcm ni..best kan kalau happy je, masalah2 sikit2 tu ala bak my friend kata 'just give it a hairflip' :P

sherry said...

@Soho Mama

Sejak dua menjak ni malas sgt membaca..dulu kalau ditanya apakah hobi anda..salah satunya membaca pasti KS tak lupa nak tulis...hehe..

Kita ni manusia biasa Millie..mudah lalai dan terlupa..kadang2 tak tau nak bersyukur pun..so, sama2 lah try the best to mengingatkan diri sendiri..