Pabila Angah tidak menerima surat panggilan temuduga ke Sekolah yang dipohon, saya sedikit cemas. Naluri seorang ibu mahukan hajat anak tercapai, saya menghubungi sekolah berkenaan. Walaubagaimanapun, jawapan pihak sekolah amat mengecewakan. " Gaji Puan besar! Sekolah ni mengutamakan anak-anak penjaga yang berpendapatan rendah". Puan ada kenal sapa-sapa tak ? Geram saya nak menjawabnya..ye saya kenal Perdana Menteri saya, tapi dia tak kenal saya.
Kesian Angah, hajatnya tidak kesampaian untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh dek gaji mama yang dikatakan besar.Memang keputusan kemasukan rasmi belum diterima, tetapi secara logik kalau tidak dipanggil temuduga, adakah peluang untuk berjaya masuk ke sekolah itu.? Angah mendapat punishment kerana saya dikatakan berjawatan agak baik dalam jabatan kerajaan dan berpendapatan sedikit tinggi dari kakitangan sokongan. Dan saya sedikit kecewa kerana syarat itu tidak pula terpakai kepada semua orang. Ada juga kawan-kawan Angah yang ibubapanya Pegawai A tetapi still mendapat panggilan temuduga.
Buat Angah, (buat Mama jugak), terima lah dengan hati yang terbuka. Sekolah mana rasanya sama sahaja, yang penting Angah nanti menumpukan perhatian kepada ajaran guru, pasti Angah akan berjaya. Insyaalllah.
8 comments:
Aunty Sherry,
Ayahandanya takde quota alumni ke? purrrr.....meow!
Harap Angah takde la terfikir mcm KS kata dia dapat "punishment" tu. Tapi pesanan kat ayat terakhir tu sangat betul..
C-I-S.
Ayahanda dulu sekolah kat SEkolah Alam Shah. Boys School la.
Hi Millie.
Harapnya tidaklah kan..
Hmmmm...Mama kita ada alumni quota tapi untuk anak sendiri je...wish we can transfer to you. purrr....meow!
Jangan minta hak kita krn takut yg dapat tu adalah hak orang. Ada hikmah disebalik kejadian. Kita bukan tuhan yg tahu apa yg terbaik.
La Tahzan... a smiling lips solves many problems. I know can coz I can't! Cheers saying..
dun worry aunty sherry..mybe xde rezeki kot..mane taw maybe rezeki kat tpt len.. tul x? ;)
Post a Comment