








Ya...Gambar-gambar di atas menunjukkan saya dan pasukan saya sungguh teruja dan bersemangat untuk menyertai Sukan Dwitahunan Makspen kali ke 10 ini. Tetapi apa yang berlaku amatlah mendukacitakan. Ya kami tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Apakah yang berlaku sebenarnya? Bukan mencari alasan tapi inilah hakikatnya.
12 bowlers di lane yang sama! Pernahkah anda bermain bowling seramai itu di satu pertandingan peringkat Kebangsaan? Cuba bayangkan berapa bola yang ada..sehingga terpaksa diletakkan merata-rata di bawah kerusi. Setiap bowler ada 2 bola..for first throw and another one for taking spare. So, all together, there were 24 ball berada di situ ! Satu game mengambil masa hampir 2 jam to finish it. So, kalau 4 games it took hampir 8 hours to finish!
Ini bukan rekaan atau mimpi ngeri semata-mata! Ianya terjadi kepada saya di Sukan Makspen tempohari...dan of courselah my score were sooooooooooo baaaaaaaaaaaaaaad. Tak malu nak bagitau..114, 129, 139 and 141 ! Macam budak baru main bowling aje! Ianya sungguh memalukan.
Dan sakit hati bukan kepalang. Kepada penganjur Makspen 2009, Tuan akan menerima beberapa surat komplen secara rasmi beberapa hari nanti . Walaupun pasukan bowling anda telah memenangi perlawanan tersebut, ianya tidak boleh anda banggakan kerana pasukan anda sungguh bertuah dapat bermain dengan aman dan selesa kerana hanya ada 2 pasukan sahaja di lane anda berbanding kami - 3 pasukan di satu lane!

Walaupun kecewa pada hari pertama, perlawanan hari ke dua diteruskan jua. Memang urusetia kali ini sangat mengecewakan. Mereka tidak profesional menguruskan pertandingan. Besarlah harapan kami agar Penganjur MAKSPEN ke 11 nanti iaitu MARA tidak akan mengulangi kelemahan yang sama. Olehkerana pasukan MARA bermain di lane yang sama pada hari pertama maka berjela-jelalah list-list DO and DON'T yang kami bincangkan sesama kami. Kami menjadi begitu mesra. Bukankah telah saya katakan sebelum ini Bowling itu untuk persahabatan!!Penutup kata kepada MARA and KEJORA yang sama-sama beramai-ramai bermain di lane yang sama tempohari..Bye and jumpa lagi di tahun 2011 di Langkawi!





