Friday, December 5, 2008

Ke arah Kesempurnaan Hidup

Hendak jadi isteri yang baik, tapi masih juga kerap membentak suami. Nak jadi mama yang baik, tapi anak tetap memberontak tak cukup perhatian.

Memiliki hidup yang sempurna memang idaman semua orang, sempurna fizikal dan material. Tetapi tidak semua orang akan beroleh apa yang mereka idamkan. Kesempurnaan bukanlah pada material semata-mata, sebaliknya pada rohani dan mental juga.

Peringatan in khas buat diriku yang lupa :

# Upgrade amal ibadah.

# Bersyukur apabila boleh nikmat

# Bersabar apabila mendapat kesulitan

# Tawakal apabila merencana

# Ikhlas dalam segala amal perbuatan

# Jangan membiarkan hati larut tenggelam dalam kesedihan

# Jangan memasang keinginan terlalu tinggi melebihi kemampuan diri sendiri

# Kawal kemarahan

# Hargai masa dan berdisplin dengan waktu

# Biasakan diri hidup bersih, tertib dan teratur

# Luangkan masa bersantai dengan keluarga

# Jangan membenci seseorang hanya kerana dia tidak sefahaman dan sependirian dengan kita

# Ringankan beban orang lain dan bantu mereka yang dalam kesulitan

# Jangan melukai hati orang lain

# Muhasabah diri

# Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain

# Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan. Setiap kejahatan pula akan melahirkan kerosakan

# Yakin akan bantuan Allah dan hanya Dia tempat mengadu terbaik

3 comments:

mamasita said...

Hai Sherry..Great list of reminders!Love it!Btw kitaorang semalam elektrik ada,tapi water cut from malam raya from around pukul 9 malam right till around 1o last night.Must be some burst pipe yang perlu both disconnection of water and electric supply to different areas.Luckily lah ada satu paip kat dapur where air keluar halus macam kacang.Itulah our rescuer for the day.So,balik Temerloh ye?Cheating tak masak kat rumah eh?hahaha

sherry said...

What a suprise to have u hereeee....Our lovely Kak Datin!!!!

So..u boleh tangkap i punya cheating tk masak tu ya..Last nite balik Kuantan pun dah lewat.another muslihat tak dinner kat rumah...balik tido jer....ha ha ha..

p/s..sms lah bila nak pi bfast kat Taj or Alif ya...

Anonymous said...

mesej yg boleh jadi panduan...thanks kak