Tuesday, March 4, 2014

KEHILANGAN

Semoga roh Ayahanda damai disana.


5 purnama sudah berlalu
Setiap hari menyulam rindu
Setiap solat menitipkan doa buatmu
Tanpa ada rasa jemu


#Al-Fatihah#

Tuesday, August 27, 2013

Selamat Hari Raya




*lamanya tak menjengok di sini, sudah berdebu dan bersawang*

Thursday, January 3, 2013

.........2013.




Senyumlah
Ia kata-kata yg
indah tanpa suara.

Berdoalah
Ia kata-kata yang lahir dari
hati yang bahagia.

Diam dan sabarlah
Ia umpama penawar
dan mutiara yang berharga
saat hati terluka.


Monday, December 3, 2012

Bowling Again

Tengok gambar ajelah ye.

Alhamdulillah, dah 43 tahun umur Opisku Terchenta

Team LKPP


Partner


Johan VIP

Highest Scores VIP


Peace

Juara Team

Wednesday, November 7, 2012

Ops! I Did it Again

Bowling Antara Department Opisku Terchenta.



Tarikh : 03 November 2012

Tempat : Premium Lanes, Kuantan Plaza




Pin Killers


Alhamdulilah...

Monday, October 29, 2012

HELLO SAIGON


Alhamdulilah, berpeluang menjejak kaki ke Saigon! Lebih manis bersama kekanda-kekanda ku Terchenta!






Tidak perlu menulis panjang, sesungguhnya benarlah kata pujangga Jauh Berjalan, Luas Pandangan Bertambah Pengalaman dan semakin erat persaudaraan!

Say Hello To Sydney pulak soon!

Monday, October 15, 2012

Bye.....!











Penat bekerja, i really need a break! See u in 5 days time!

Friday, October 5, 2012

Dah semakin berusia.....!


4 Oktober datang lagi ! Since umur semakin meningkat, ku menyimpan tekad biarlah amalan juga semakin meningkat selari dengan peningkatan usia.  Ku panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini , untuk terus berbakti kepada Nya.  

Terima kasih sejuta buat suami dan anakanda-anakanda tercinta, sahabat - handai dan kaum keluarga yang menerima diri ini seadanya. Sayang kamu semua!



Terima kasih En Asben!



  

Wednesday, October 3, 2012

Tuesday, October 2, 2012

Melayan Perasaan



Puisi Kehidupan Cinta


Saat malam mulai larut

Suasanapun semakin senyap

Aku terbujur dalam kekakuan

Kerana hati terpasung dalam kesepian

Kesedihan dengan kesendirian

Seakan menggugurkan sejuta harapan

Sepinya malam berlalu sudah

Pagi datang mengawali hari baru

Aku terbangun dari panjangnya malam

Perlahan aku bergerak,

Berdiri dan kubuka jendela

Tersiratlah cahaya mentari pagi

Menyinari……



Embun adalah airmata kebahagiaanmu

yang menetes sejuk di pagi cerahku

jangan kau seka dia dengan saputangan syahdu

karena airnya adalah jejak kemesraan

yang kau alirkan di antara palung pipimu

bermuara pada rupa-rupa pucuk ilalang

yang bersekutu dengan hijaunya hatiku



Kala malam semakin larut

Aku terpaku di dalam kesunyian

Terdiam menatap ilusi kesendirian

Diriku seakan terbiar dalam kehampaan

Kebekuan jiwa menjelma

Kedinginan nurani selalu menemani

Aku merindu tentang kehangatan

Aku bermimpi tentang keindahan

Saat tirai kegalauan mulai tersibak

Fatamorgana menjauh dari realiti

Hingga tersingkaplah kebenderangan

Makna kedamaian yang hakiki ...................        

Monday, September 24, 2012

TURNS 14






Yesterday was Shira's birthday !
Happy Birthday dear..
Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
Semoga menjadi anak solehah.
Luv U Forever and Ever.



Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday #3






Semoga kekal bahagia sampai mati!

Monday, August 27, 2012

I Know What U did Last Raya...

Hi.. Today dah back to work. Berikut dipaparkan beberapa keping gambar raya.
Kot2 lah ada yang nak tengok.









Friday, August 17, 2012

Salam Lebaran







Maaf Zahir Batin

Monday, August 13, 2012

Asparagus U...

Menu Iftar on Sunday :



Asparagus Goreng Cili, Lala Sos Tiram, Masak Lemak Cili Padi Tenggiri  dan Telur Asin.


Alhamdulilah.

Thursday, August 9, 2012

Permintaan Irfan : Sup Makaroni


Irfan suka makan mee! Berselera sungguh dia makan kalau makanan yang dihidangkan adalah mee atau yang seangkatan dengannya.  So, for Iftar semalam, mama merajinkan diri menyediakan Makaroni Sup untuk Irfan. Berulangkali dia makan sehingga sahur pagi tadi.




Kasarnya daun sup ku ini..takdok seni langsung!


Makaroni Sup

Bahan2
250 gm makaroni - direbus lembut kemudian cuci di air paip & ditos
1/4 ayam (bahagian dada) - dipotong kecil
1/4 kubis (saiz kecil) - dipotong kecil
1 biji carrot - potong saiz kegemaran
1 biji kentang - potong kiub
10 cawan air
2 kiub sup bunjut knorr
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam (sukat lada hitam yg dah dikisar/tumbuk)
1 inci halia - diketuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
minyak untuk menumis

Bahan Tambahan
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap (segengam cili padi + 1 ulas bawang putih dikisar + 1 sudu besar gula + 1/2 cawan kicap manis/ secukupnya)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk yang agak besar sedikit. Tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris berserta halia yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau rata.  Masukkan 10 cawan air, 2 kiub sup bunjut Knorr & 1 kiub ayam. Biarkan mendidih.
2. Sementara itu sediakan sambal kicap & bawang goreng (sekira nak goreng sendiri) & hiriskan daun sup.
3. Bila sup dah mendidih, masukkan kentang & carrot. Selang 3 minit masukkan pula kubis, serbuk lada hitam & garam secukup rasa.  Bila kentang sudah empuk masukkan makaroni yang telah direbus & kacau rata.
4. Hidang makaroni sup dengan bahan2 tambahan sekiranya suka

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday

Tersayang ;





Ya Allah,
Kasihilah dan Sayangilah ke dua-dua mereka sebagaimana mereka menyayangi kami sedari kecil.

Tuesday, July 31, 2012

Monday, July 30, 2012

Happy Weekend

Last saturday, Ija and family datang rumah. All the way from Alam Damai, Cheras. Takder apa pun tujuan utama, just lepak2 and relax2 shj. Gi jalan2 ronda pun tidak.

Dalam takder apa2 tujuan tu Aiman ada permintaan, teringin nak makan Makaroni Bakar rupanya. Since ada yang bertanya resepinya, I copy paste again kat bawah ni. #gambar2 ni gambar lama ye#


BAHAN-BAHAN :


  • 1 bungkus makaroni
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji bawang besar
  • 400 gm daging cincang
  • 400 gm ayam cincang
  • 1 tangkai daun sup
  • 3 sudu cili mesin
  • 1/2 biji cili bangla hijau
  • 1/2 biji cili bangla merah
  • 10 biji telur

CARA MEMBUAT :-

  • Rebus makaroni sehingga kembang, toskan .
  • Tumis cili mesin dan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan daging cincang , goreng hingga masak.
  • Masukkan makaroni, cendawan butang dan cili bangla.
  • Masukkan garam. Gaul rata.
  • Masukkan daun sup.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Sediakan bekas pembakar, sapukan sedikit mentega di sekeliling bekas.
  • Masukkan makaroni. Pecahkan Telur. Pastikan telur menutupi semua makaroni.
  • Bakar dalam ketuhar 180"C selama 30 minit.

Setelah dimasak di atas dapur, angkat dan sejukkan










Sedang di bakar. Suhu 180'C, time 30 minit.

Finally...

# untuk lebih sedap, taburkan cheese parut selepas memasukkan telur.
 
 
Selamat Mencuba.

Friday, July 27, 2012