Shira dah selamat mendaftar di MRSM Mersing pada 7hb Februari yang lalu. Terima kasih Tuhan. Segalanya telah dipermudahkan. Shira sedikit homesick...tapi alhamdulilah, semangatnya untuk belajar dapat mengatasi perasaan itu.
Panggilannya setiap hari membuat hati ini sedikit sayu dan hiba..dan semalam, sempena cuti umum Maulidur Rasul, kami berangkat ke Mersing menjenguk Shira. Tersenyum simpul wajahnya melihat kedatangan kami sekeluarga.
"Semalam Angah nangis Mama!"
"Kenapa pulak, kan Mama janji nak datang."
"Masa kat surau, Cikgu buat pengumuman ada aktiviti persediaan Sambutan Maulidur Rasul...Angah bimbang Mama tidak dibenarkan datang melawat Angah. Angah bimbang..tak lena tidur Angah."
Kesian anak mama, patutlah sebelum semalam tu, 7 kali Angah call to make sure Mama datang.
"Alahai Angah, kan Mama and Babah dah janji nak datang, insyaallah, kalau tiada sebarang halangan, kami tetap akan datang melawat Angah.".
"Angah belajar jelah rajin-rajin kat sini okay, Mama and Babah setiap masa mendoakan kejayaan Along, Angah and Adik."
Dan pertanyaan Angah sebelum kami berangkat balik.."Mama, next week bolah tak datang lagi?..
 |
| Picture credit to Google. |