Showing posts with label Cook. Show all posts
Showing posts with label Cook. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Permintaan Irfan : Sup Makaroni


Irfan suka makan mee! Berselera sungguh dia makan kalau makanan yang dihidangkan adalah mee atau yang seangkatan dengannya.  So, for Iftar semalam, mama merajinkan diri menyediakan Makaroni Sup untuk Irfan. Berulangkali dia makan sehingga sahur pagi tadi.




Kasarnya daun sup ku ini..takdok seni langsung!


Makaroni Sup

Bahan2
250 gm makaroni - direbus lembut kemudian cuci di air paip & ditos
1/4 ayam (bahagian dada) - dipotong kecil
1/4 kubis (saiz kecil) - dipotong kecil
1 biji carrot - potong saiz kegemaran
1 biji kentang - potong kiub
10 cawan air
2 kiub sup bunjut knorr
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam (sukat lada hitam yg dah dikisar/tumbuk)
1 inci halia - diketuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
minyak untuk menumis

Bahan Tambahan
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap (segengam cili padi + 1 ulas bawang putih dikisar + 1 sudu besar gula + 1/2 cawan kicap manis/ secukupnya)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk yang agak besar sedikit. Tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris berserta halia yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau rata.  Masukkan 10 cawan air, 2 kiub sup bunjut Knorr & 1 kiub ayam. Biarkan mendidih.
2. Sementara itu sediakan sambal kicap & bawang goreng (sekira nak goreng sendiri) & hiriskan daun sup.
3. Bila sup dah mendidih, masukkan kentang & carrot. Selang 3 minit masukkan pula kubis, serbuk lada hitam & garam secukup rasa.  Bila kentang sudah empuk masukkan makaroni yang telah direbus & kacau rata.
4. Hidang makaroni sup dengan bahan2 tambahan sekiranya suka

Monday, July 30, 2012

Happy Weekend

Last saturday, Ija and family datang rumah. All the way from Alam Damai, Cheras. Takder apa pun tujuan utama, just lepak2 and relax2 shj. Gi jalan2 ronda pun tidak.

Dalam takder apa2 tujuan tu Aiman ada permintaan, teringin nak makan Makaroni Bakar rupanya. Since ada yang bertanya resepinya, I copy paste again kat bawah ni. #gambar2 ni gambar lama ye#


BAHAN-BAHAN :


  • 1 bungkus makaroni
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji bawang besar
  • 400 gm daging cincang
  • 400 gm ayam cincang
  • 1 tangkai daun sup
  • 3 sudu cili mesin
  • 1/2 biji cili bangla hijau
  • 1/2 biji cili bangla merah
  • 10 biji telur

CARA MEMBUAT :-

  • Rebus makaroni sehingga kembang, toskan .
  • Tumis cili mesin dan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan daging cincang , goreng hingga masak.
  • Masukkan makaroni, cendawan butang dan cili bangla.
  • Masukkan garam. Gaul rata.
  • Masukkan daun sup.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Sediakan bekas pembakar, sapukan sedikit mentega di sekeliling bekas.
  • Masukkan makaroni. Pecahkan Telur. Pastikan telur menutupi semua makaroni.
  • Bakar dalam ketuhar 180"C selama 30 minit.

Setelah dimasak di atas dapur, angkat dan sejukkan










Sedang di bakar. Suhu 180'C, time 30 minit.

Finally...

# untuk lebih sedap, taburkan cheese parut selepas memasukkan telur.
 
 
Selamat Mencuba.

Wednesday, February 11, 2009

Makaroni Bakar

I love bowling..err..i love cooking very much (macam terpaksa jer kan) . Actually, for the last few days , ashik tengok ummie's blog jer..rasa teruja pulak nak menunjukkan my bakat terpendam. Dan lebih teruja bila baca sms from Datin Vouqe Mamasita; " Sherry, u hidangkan bola bowling jer lah bawah tudung saji". And i know, she was just kidding. Love U my dear Datin Colgate. So, ladies and gentlemen.,please have a look :-




BAHAN-BAHAN :


  • 1 bungkus makaroni
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji bawang besar
  • 400 gm daging cincang
  • 400 gm ayam cincang
  • 1 tangkai daun sup
  • 3 sudu cili mesin
  • 1/2 biji cili bangla hijau
  • 1/2 biji cili bangla merah
  • 10 biji telur

CARA MEMBUAT :-

  • Rebus makaroni sehingga kembang, toskan .
  • Tumis cili mesin dan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan daging cincang , goreng hingga masak.
  • Masukkan makaroni, cendawan butang dan cili bangla.
  • Masukkan garam. Gaul rata.
  • Masukkan daun sup.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Sediakan bekas pembakar, sapukan sedikit mentega di sekeliling bekas.
  • Masukkan makaroni. Pecahkan Telur. Pastikan telur menutupi semua makaroni.
  • Bakar dalam ketuhar 180"C selama 30 minit.


Setelah dimasak di atas dapur, angkat dan sejukkan








Sedang di bakar. Suhu 180'C, time 30 minit.

Finally...


THE OUTPUT

....The Boss and his daughter


hmm...i had every reason to feel satisfied!!!!!