Tuesday, December 28, 2010

Bolasepak - Minat Yang Tiba-tiba.

 Saya mengosok baju malam itu.

 Sambil mata mengerling TV..






Saya tersaksi gol pertama Malaysia...then gol kedua dan finally gol ketiga!

Yeaayyy, Malaysia won the game. Tiba-tiba saya rasa saya suka bola sepak. Tidak sabar rasanya menunggu perlawanan  pusingan ke dua di Jakarta nanti. All the best ! Malaysia Boleh!

Friday, December 24, 2010

Me Bowling : Step By Step

Baru-baru ini saya telah mendapat satu permintaan khas. Ada yang teringin menyaksikan Estate Bowler saya beraksi di lane.

Saya tidaklah sepandai mana bermain bowling, tapi untuk tidak menghampakan peminat2 saya itu, hehehe, dibawah ini saya letakkan gambar2 saya bermain bowling.




Normally, kalau bermain di Megalanes saya akan menggunakan bola The Vital sign during my first throw. Manakala untuk spare, saya menggunakan bola  Ebonite.
  


Okay, saya sudah bersedia untuk membuat balingan sekarang. Ops! masih anda ingatkah kepada  Mr Coach yang gigih sukarela melatih saya itu?.Pesanan dia  " Sentiasa bersihkan bola setiap kali, saya ulangi setiap kali ye, so that, semua minyak2 atau bahan2 yang tidak diingini yang mungkin akan menganggu kelancaran bola itu meluncur di atas lane akan dinyahkan dari bola tersebut!". : Baik Mr D! kalu dia takder banyak kali saya skipped buat!.


 Sekarang saya sudah berada di atas lane. . My standing position pada hari itu ialah board 20. My first target is antara dot 4 and dot 3. and bola akan melalui arrow dua.

" Che Pah! Take your time. Lock into the target, imagine your line, breath-in, exhale fully, go!"



 
The ball should be released under the chin! bahasa mudahnya kena lepaskan bola selepas foul line!





Kenapa saya berada di board 5 itu? saya pun tak pasti sebenarnya.






Finally , inilah keputusannya!


Happy Bowling Everyone!  and High Scores.

Thursday, December 23, 2010

Gelisah Along, Debaran Mama.

Kesian Along..semalaman tidak dapat melelapkan mata.

Gara-gara menunggu pagi hari . Hari Result PMR!

Mama pun berdebar sebenarnya. Tidak fokus pada perjalanaan mesyuarat, mata ashik mengintai skrin BB menunggu mesej from Along.

Finally, syukur kepada Ilahi melebihi segalanya. She got  7As 1B . Itupun sudah sangat baik! Well Done Along. I'm so proud of you.

Wednesday, December 15, 2010

Asrama Penuh Yang Dah Penuh

Pabila Angah tidak menerima surat panggilan temuduga ke Sekolah yang dipohon, saya sedikit cemas. Naluri seorang ibu mahukan hajat anak tercapai, saya menghubungi sekolah berkenaan. Walaubagaimanapun, jawapan pihak sekolah amat mengecewakan. " Gaji Puan besar! Sekolah ni mengutamakan anak-anak penjaga yang berpendapatan rendah". Puan ada kenal sapa-sapa tak ? Geram saya nak menjawabnya..ye saya kenal Perdana Menteri saya, tapi dia tak kenal saya.


Kesian Angah, hajatnya tidak kesampaian untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh dek gaji mama yang dikatakan besar.Memang keputusan kemasukan rasmi belum diterima, tetapi secara logik kalau tidak dipanggil temuduga, adakah peluang untuk berjaya masuk ke sekolah itu.? Angah mendapat punishment kerana saya dikatakan berjawatan agak baik dalam jabatan kerajaan dan berpendapatan sedikit tinggi dari kakitangan sokongan. Dan saya sedikit kecewa kerana syarat itu tidak pula terpakai kepada semua orang. Ada juga kawan-kawan Angah yang ibubapanya Pegawai A tetapi still mendapat panggilan temuduga.


Buat Angah, (buat Mama jugak), terima lah dengan hati yang terbuka. Sekolah mana rasanya sama sahaja, yang penting Angah nanti menumpukan perhatian kepada ajaran guru, pasti Angah akan berjaya. Insyaalllah.

Tuesday, December 14, 2010

Bye MAKSAK 2010! See u MAKSAK 2011.

Alhamdulilah, Home sweet home.Berakhirlah sudah Kejohanan Bowling Maksak 2010.

Coret-coret kejohanan adalah seperti berikut:-
  • Saya bermain Double. Berpasangan dengan Kak Hamsiah.
  • Block pertama bermula Khamis 8.30 pm 9hb Disember.
  • Block kedua on Saturday 11hb Disember, 4.30 pm.
  • Block Ketiga on Sunday 12hb Disember. 11.30am.
  • Hi Scores 198. Low games 119!!!!!sangat hampes.
  • Keputusan : Double No 5. Ranking Individu 42/169. average : 160. Walau memperbaiki ranking and average from Maksak 2009, saya masih tidak berpuashati.

Tiada alasan sebab bak kata seorang sahabat...jangan salahkan lanes, kerana lanes itu tetap di situ..yang boleh diubah hanyalah tangan and badan. So, sendiri mau ingatlah ye.

Good Bye Maksak 2010, the past is past! Selamat Datang Maksak 2011...every throw is new! Saya akan beraksi lagi insyaallah.


Dan seperti biasa acara posing itu tetap ada sebagai kenangan terindah.




Wednesday, December 8, 2010

Antara Johor Bharu and Orchard Road.

Malam ini saya akan ke Johor Bharu, mewakili Pahang dalam Kejohanan Bowling Maksak Malaysia bermula 9hb Disember hingga 12hb Disember.

Kejohanan akan berlangsung di Daiman Bowl, lane nya sintetik...awal lagi dah saiko..that lanes are not for a Cranker! uwaaaaaaaa. Tersangatlah siksa jiwa dan raga seorang Cranker bila bola go straight sahaja instead of belok kiri tawwwww.

The Hook Ball should be move like the arrow.


So, tiada pilihan nampaknya saya terpaksa  juga membawa BOOM selain dari  my VITAL SIGN ! Sekurang-kurangnya saya ada dua pilihan di sana nanti. Oh! ye..tidak dilupakan hard ball utk ambik spare! Bak kata Mr.Coach Terlampau saya..."guna hard ball, baling ara(h) sana..siku kena lurus menghala ke pin! sangat senang kan?".....yelah Mr Dennis..sangat senang lah..secara teori...kalu dah tangan mengepak sure cuci longkang lah that ball.




Oh ye...saya juga kena get ready my Pasport! just in case lah termenyeberang Tambak Johor itu......!

Tuesday, December 7, 2010

Promise To Keep

Sony Vaio for her! Toyota Vios for me!    


Vaio pilihan Angah.




Vios ni pula hanya hiasan semata-mata!


Yesterday, Angah finally got her UPSR's hadiah . Semuga ianya menjadi perangsang untuk lebih cemerlang di masa-masa akan datang. Perjalananmu masih panjang.  Teruslah berusaha tanpa jemu. Mama dan Babah sentiasa mendoakan agar perjalanan anak-anak dipermudahkan Ilahi. Berusaha dan berdoalah kepada Nya kerana hanya DIA yang Maha Mendengar dan Memakbulkan.

Sunday, December 5, 2010

Irfan 10 years Old.

Ini coretan saya tahun 2008 rasanya..saya copy paste ! hihi.


5 Disember 2000 - Ramadhan 10..Irfan dilahirkan.
One month earlier...a premature-birth baby boy...

I still remember the day....pagi tu Finance Department ada meeting Department ..last meeting for 2000. Hari tu actually memang ada monthly appointment @ medical check up dengan Dr. Hamizah kat Kuantan Medical Centre.I had decided to attend the meeting first. But during the meeting..my perut rasa semacam jer..Syukurlah dapat bertahan until meeting abis around 12 pm.

I mintak tolong Hasna' to send me to KMC immediately then.

Warded to bilik biasa dulu..Dr Hamizah came and examined me..."Sharifah..kalu ada the greeny water keluar..cepat2 inform me...takut baby terminum@makan air kotor pulak..dangerous...; Ok..DR,,i'll inform u ..


At 7 pm...Dr Hamizah came again and checked my condition,.." Sharifah..kenapa u tak cakap air hijau dah keluar....masuk labour room sekarang!!

Hmm...tak sangkalah pulak my baby boy nak keluar dah...4 minggu awal dari jadual.

Saat yang ditunggu pun tiba ; my husband seperti kedua- dua kelahiran Along and angah di tahun 1995 and 1998 tetap setia berada di samping ku ,menemani dan memberi semangat kepada ku .Then, selepas je azan magrib berkumandang...MUHAMMAD IRFAN BIN NAZMI selamat dilahirkan. Syukur kepada allah mendahului segalanya. Proses kelahiran berakhirlah sudah , Irfan dilahirkan dengan cukup lengkap sempurna. Thanks to Dr Hamizah and staf, barulah senang hati diorang pergi bukak puasa.

Baby irfan 2.85 kg dibawa kepangkuan ku..."assalamualaikum anak mama"....masih teringat2 he opened his eyes dan memandang tepat ke arah ku".


Irfan , permata hati mama : Semuga menjadi anak yang soleh . Selamat di dunia dan di akhirat. Amin.









Tuesday, November 30, 2010

Kepulangan Mereka Yang Dikasihi

Alhamdulilah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Limpah kurnia Nya, Mereka-mereka yang kurindui dan kasihi telah selamat sampai ke tanahair.





Terima Kasih Tuhan..Nikmat Mu tidak ternilai





PULANGMU dengan HAJI MABRUR..


...copy paste dari Blog Kekanda Sulung.

Haji mabrur merupakan idaman setiap orang yang menunaikan ibadah haji, Bukan saja karena besar pahalanya berupa surga jannatunna’im, tapi juga ampunan Allah dan keridhoannya merupakan hal penting untuk setiap muslim yang mengharapkan kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat.

Haji, sebagai kewajiban kaum Muslim yang mampu, mestilah dikerjakan untuk menyempurnakan rukun Islam. Untuk melakukan ibadah haji, mesti menghindari sifat sombong, menang sendiri, ujub, takabur, dan memperbanyak rendah hati, pengakuan hati terhadap kebesaran ALLOH SWT.

Setiap ibadah mempunyai ilmunya, dan jika kita beribadah tidak sesuai dengan tuntunan yang ada, maka sia-sialah ibadah yang kita lakukan. Demikian pula dengan haji, ilmu ibadahnya tidak boleh diperkecilkan, karena untuk berhaji sudah tentu mengorbankan banyak wang ringgit, tenaga dan waktu.

Ciri-ciri haji mabrur, di antaranya:
1. Ada peningkatan ibadah kepada ALLAH SWT
2. Berhenti melakukan perbuatan maksiat dan perbuatan lain yg menjerumuskan
dirinya ke jurang kehancuran
3. Tidak silau (ditipu) oleh dunia. Kesibukan di dunia tidak akan melalaikan
menunaikan ibadahnya kepada ALLAH SWT
4. Terputus dari teman2 yang jahat
5. Mau menafkahkan hartanya di jalan ALLAH SWT.

Haji yang mabrur menjadi titik tolak baginya ke arah kebaikan, dan selalu menjadi peringatan baginya untuk memeperbaiki jalan hidupnya.



Esok,30 November 2010, pukul satu tengah hari dijadualkan pesawat udara yang membawa ayah, ibu bersama keluarga izi dari tanah suci Mekah akan mendarat di bandara KLIA, insyaAllah. Musafir menasik haji ke Baitullah dengan natijah haji Mabrur, itulah diharapkan akan menyambut kepulangan mereka InSyaAllah. Ayah ibu yang penghujung usia umurnya..sudah tentulah diharapkan impak jalan lurus dipenuhi dengan bekalan kebajikan yang bertimbun sebagai galas meniti hari-hari menuju siratulmustaqi. Izi dan keluarganya yang berhabisan dari segi material, yang menyajikan kesabaran dan menghidangkan keikhlasan & ketulusan untuk melangkah lebih jauh dalam kerjaya material yang penuh cabaran itu, didoakan terus maju jaya dalam bidang minatnya.





Ayahanda di Hospital Tabung Haji di Mekah.


Bonda menemakan Ayahanda di Hospital TH di Madinah.


Abah warded di Hospital Tabung Haji Di Madinah.


Mintak Discharge..nak bertolak pulang ke tanah air.




Monday, November 29, 2010

Sunday yang penat.

Kenangan Terindah.


Ye..nama saya kekal di MQ 's list itu. So, on Sunday saya berpeluang beraksi di Master Finale Pahang Closed Bowling Tournament  2010.

Balingan saya memang kureng menjadi. Semua serba tak kena. Mental saya memang tak kuat. Saya sedikit gementar beraksi bersama Sukma and State Bowler and Pelapis2 Sukan Teras Bowling Pahang. They are well trained and dah banyak beraksi di peringkat Malaysia level. Ada yang pernah mewakili Malaysia pun di Asian level...manalah Makchik ni tak saiko!

Sepatutnya advantage bagi saya sebab underdog ! tapi sebaliknya yang berlaku...bila bermain di apit kiri kanan oleh orang2 muda yang dapat strike memanjang, saya jadi gelabah and panik..even spare pin 5 or head pin pun saya missed!

SO...yang lepas tu lepaslah kan.  Saya tidaklah give up ...bagi saya ianya pengalaman paling berharga. Saya akan terus berlatih dan menyertai long game tournament! Lagipun saya perlu bersedia , Kejohanan Bowling Maksak Malaysia akan berlangsung pada 8hb Disember nanti di Johor Bharu.!


Have a nice Monday Everyone!

Thursday, November 25, 2010

Berita MQ

The MQ is ending soon. The Master Final for ladies will be held on Sunday ,10 am. 10 games!


Bak kata Pepatah dulu-dulu ~ Belum cuba belum tahu! Yakin dengan kebolehan sendiri.


Luckily I had a few good throws! Ehem..ehem..after two attempts my position was as follow:


Really hope that my name is still there until the final day! 

Wish me luck everyone!

Tuesday, November 23, 2010

Sms Pilu

"Dik, ada tak Abang De called U?"

"Takder lah kakak. Pasal apa?"

" Abah tak sihat."

dan sms sms itu terus bersambung-sambung. (rupanya kami sama2 menahan perasaan..even masa saling ber sms pun dah berderai-derai inikan pulak kalau bercakap di telephone!)


Teringat kembali sms adik bongsu pada hari sabtu lepas:-

" W'salam. I dah kat Madinah. Semalam bertolak dari Mekah. Esuk pagi akan bertolak balik ke Qatar. Semalam Mak, Yed dan Abah demam..Abah yang paling teruk..sampai muntah muntah semua...tapi Alhamdulilah Yed duduk sebilik dengan Doktor Tabung Haji...so, diorang masukkan drip air kat abah dalam bilik. Yed kata malam dah berkurang..Mak pun dah kebab."

Ya Allah! Hanya Tuhan yang tahu perasaan ku ketika itu. Cepat2 ku kirimkan sms kepada adik di Qatar yang kebetulan baru sampai di Qatar ketika itu.

"Ija..please call Yed now ! tanya keadaan Abah!"

Pastinya ketika itu , adik bongsu  cemas dan keliru. Dan juga berderai-derai! Adik kami yang sorang ni pun kememey orangnya.

...................................................................................................................................................................

Rupanya keadaan abah sedikit membimbangkan. Dan adik di sana sedang menguruskan untuk membawa abah ke hospital.

Sms dari Ija sedikit melegakan.

" Yed sedang tunggu ambulan ..nak bawak Abah ke hospital. I pun dapat cakap ngan Mak..Mak kata doa kan ajelah."

Hanya doa kami semua panjatkan agar Allah permudahkan segalanya. Berat jugak dugaan Yed dan Ita di sana rupanya. Pengorbanan mereka tidak dapat dibilang...semuga ganjaran Ilahi menanti mereka.

Friday, November 19, 2010

Pahang Closed 2010 Bowling Championship

Pahang Closed 2010 Bowling Championship
19-28 November 2010
Kuantan Megalanes


POSITION:-
Champ RM2,000 (M), RM1,000 (Ladies)
2nd            1,000                   700
.
.
.
.
.
.
10th             100                        50


FEES : -
Registration RM 30
Singles               40
MQ 1                30
MQ 2                35
MQ 3                40


Yezzer. Saya sangat teruja. I want to join that Tournament! Saya tak kisahlah depa tu wakil State ke (saya ni wakil Estate jer...), Sukma Players ke..Sukan Teras ke.. A bowlers ke. For me, kita jangan mengalah sebelum mencuba!  Di situ ada kemahuan Di situ ada jalan. Kalau dah mencuba dan tak juga berjaya, maknanya tak cukup training! maknanya kena stop main bowling le Che pah wei.....Btw, this is not my first time joinpun,  last year, percubaan pertama, dah merasa pun layak ke Master Final.

Bowling pakai kain@skirt? Itu bukan saya ye...









So, tuan-tuan dan puan-puan , adik kakak yang ku kasihi sekalian, jom lah join sama. Bowling tu kan untuk riadah dan persahabatan!

Doakan saya berjaya.

Jumpa anda di sana!

Thursday, November 18, 2010

Catatan Sendu

It had been hot that day until the rain had fallen.

Ye, seminggu dua yang lepas i was quite busy.  Busy di pejabat dan juga hal peribadi.

Busy di pejabat, itu tanggungjawab.  Politik opis menguji kesabaran .  Ada rasa kecewa dan marah, ada rasa gundah dan gelisah. Ku serahkan pada Ilahi jiwa dan raga. Redha.

Busy hal peribadi, itu kehidupan. Ragam anakanda-anakanda menceriakan hari. Kebahagiaan. En Suami ada tanggungjawab tersendiri.  Memahami dan saling mengerti. Kesetiaan.

Ayahbonda ke Tanah Suci diiringi adik dan isteri tercinta. Melihat adik menyorong bonda di kerusi roda dengan bahu memikul beg-beg di kiri dan kanan, airmata menitik kesedihan. Isteri pula tidak berapa sihat juga memerlukan perhatian. Pengorbanan adik. Hajat di hati dah kesampaian. Semuga semuanya mendapat Haji yang Mabrur. Oh ye..adik bongsu dan suami juga berpeluang ke sana, bersedia menunggu untuk sama2 berkhidmat untuk Ayah dan Bonda di samping mengabadikan diri kepada Ilahi. Ketentuan Ilahi. Apa yang dirancang, telah dimakbulkan .Alhamdulilah.

Aidil adha di sambut sederhana. Sayu dan sendu  mengenang ayahbonda dan adik-adik tercinta di sana.
Manakala keluarga besar tidak berkumpul seperti biasa , masing-masing membawa haluan berbeza.

Dan kehidupan ini ku teruskan jua.

Sunday, November 7, 2010

The Pagi Berembun Bowling Tournament!

Last Friday night, the bowling centre had organised a tournament with a combination format of 9-pin tap (2 games), 3-6-9 (2 games) and 10 pin (6 games).

It was such a very-very longggggggggggggggg and tiring game!  It finished at 2.30 am !


They were 45 bowlers and among them they were only two Ladies! One of them was me! Kira I ni berani jugaklah to join that game even dah quite pretty sure, a chance to win sangatlah tipis senipis salju! But i had decided to join in order to get some exposure and tried my new bowling ball at the same time.

Well, the first game was not that bad! (for me) . The score was 239! masa tu dah macam sedikit confident! My confident level increased! Unfortunately, the second game was a bit disspointing! I only managed to get 168 !hahahaha...9pin tap and u got tak sampai 200! memang hanyut di lautan!

But the game must go on. At the same time, all the participants have to change their lanes. The right bowlers moved to the right lanes whereas the left moved to the left. My 3rd and 4th game's score were 215 and 208 respectively. Yeayyyy..suker! suker! Tapi org lain lagi lah  suker sbb diorg dapat more than that!

The time has come for the real game! I was ready to strike !

Do you want to know what happen next? Stay tune for the next post! daaaaaa.....

Wednesday, November 3, 2010

Coach Terlampau

Malam selasa memang hari training sedunia bagiku! Booking dengan Megalanes valid for the whole year. Selasa . Jam 8.30 malam.

Corum terdiri dari geng2 Maksak. (Ladies Only ye)

Malam tadi, seperti biasa Our Fav Coach yang  dilantik melantik diri beliau sendiri sebenarnya secara tidak rasmi Mr. D sibuk memerhatikan meng'coaching' kami dengan gigihnya. No doubt, he is such a good Coach. Mengajar kami secara sukarela tanpa sebarang bayaran. I must thank him for that. As usual, there are beribu2 tips from him.


And for sharing here, his tips for tonite:-
  1. "Sharifah, baling bola jangan macam campak pasir!". Kena ceduk !
  2. " Sharifah, you must released the ball after the foul line! ".So that you can handle, gantung and ceduk the ball".
  3. "Sharifah, you must released the ball dengan sepenuh comitment!"


Bahasa2 Mr D mungkin kedengaran sedikit kelakar, tapi kami semua sudah memahami apa yang ingin beliau sampaikan. Dia pun yang selama ini banyak membantu kami improving our games! So, ikut ajelah..jangan degil.

Btw, apa agaknya maksud tip-tips  Mr D di atas itu? Anyone can explain it further?



Wednesday, October 20, 2010

Kek Kukus Brownies Keju

" Mama, boleh tak esuk Angah bawak Cheese Brownies ke sekolah ?"
" Pandai Angah,,,maknanya mama kena buat lah kan!"
" He he...."



KEK KUKUS BROWNIES KEJU


Bahan A
  • Brownies mix 500 gm
  • Telur 4 biji
  • Air 80 gm
  • Minyak 250 gm



Bahan B
  • Keju 250 gm
  • Gula 60 gm
  • Telur 2 biji



Cara-cara:

  • Kacau A secara rata
  • Pukul B sehingga krim
  • Kukus separuh  adunan A selama 15 minit
  • Lapis kedua masukkan adunan B, kukus selama 15 minit
  • Lapis ketiga, masukkan separuh lagi adunan A, kukus selama 20 minit.

So, inilah hasilnya:-


" Sayang Mama saya ". Tersenyum Angah bila tengok Brownies Cheese terhidang di atas meja.



Monday, October 11, 2010

From Gutterballs To Strike

Saya sangat suka bermain bowling.

The beauty of bowling is that i can compete and converse. I can play to win while sharing a laugh.

For me, bowling is not only a superb form of recreation, it's my job. Cewahhhh.

Bowling is fun! But like anything we do in life, it gives us even more pleasure when we do it well.


Nota kaki : Kat atas tu adalah my new bowling ball. Ebonite Vital sign. Just bought it yesterday. So, tak tau la performance nya macamana. Esuk saya sambung cerita.

Sunday, October 10, 2010

Teaser Entry : My Gadget Make - Up

Ada permintaan supaya Ai bercerita pasal my Gadget Make -up .
Nantilah bila free Ai akan bercerita ok...ni kira teaser enty jelah.

Agak2 apa lagi yang Ai boleh share kat sini erk?

Thursday, October 7, 2010

Along and PMR


"Kalaulah Along tak dapat 8A mama marah ke". Along had sms ed me at 4 pm yesterday.


"Kenapa? Along rasa today's papers were bad ke? You can't do it very well ke?"


" Takderlah, Along rasa sedikit susah aje, tak confident lah pulak!"


"Along jangan fikirlah apa yang dah sudah tu, keep concerntrate on your next papers ok"


"Ok mama, i'll try my best".


~Along, whatever will be the result, kita terima ajelah. Since you had done your best, kalau tak dapat juga, itu maknanya is not your rezeki yet. Allah lebih mengetahui, That is not the end of your day. Perjalanan hidup Along masih panjang..teruskanlah berusaha, belajar tanpa jemu. Insyaallah kejayaan akan tiba jua.~


Tuesday, October 5, 2010

Coretan Hari Lahir

" Selamat Hari Lahir...pasti sedih meninggalkan hari-hari berlalu yang mewarnai hidupmu, tak pasti jangkauan hari-hari mendatang yang masih boleh diaduni. Semoga hari-hari yang berbaki itu, dipenuhi dengan bekalan yang boleh memayungi hidupmu dan kita di mahligai abadi."



Itulah antara ucapan-ucapan yang diterima sempena Harijadiku semalam. Ucapan dari kakak sulung tersayang itu terasa begitu bermakna bagi diri ini. Rasanya tidak perlu ku ulasi lagi. Ianya sudah terang lagi bersuluh. Biarlah hanya diri ini yang menyimpulkan segala perasaan yang ada untuk terus ku mengharungi liku-liku kehidupan ini.



Pagi-pagi lagi ku menghubungi Ayahanda dan Bonda di kampung, bertanya khabar dan mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa-jasanya melahir dan membesarkan ku. Tidak terbalas jasa dan pengorbananmu duhai Ayahanda dan Bonda. "Ya Allah, Engkau berkatilah dan kasihilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihiku sejak kecil. " Doa itu juga ku titipkan buat kedua ibu dan ayah mertua ku yang menganggap ku seperti anak kandung mereka sendiri.



Seribu kesyukuran juga atas segala nikmat tuhan kepada ku. Dikurniakan seorang suami yang baik , mengasihi dan memahami ku, dan menerima aku seadanya, dianugerahi anak-anak yang baik , telah membawa kebahagiaan dalam rumahtanggaku. Alhamdulilah. Aku mungkin bukan seorang isteri dan ibu sempurna buat mereka tapi aku bersedia untuk membaiki kekurangan dan kelemahan diri demi kebahagian kita bersama.



Tidak lupa juga aku bersyukur kerana ikatan kekeluargaan antara kami adik-beradik juga adik beradik ipar amat erat dan rapat . Semuga hubungan baik ini berkekalan sehingga penghujung usia.



Buat Sahabat-sahabat baik yang sentiasa berada di sampingku di waktu susah dan senang, (anda tahu siapa anda) .Thank you very much for being such a good friends to me all these years. I really luv all of you.



Akhirnya, sesungguhnya aku amat berbahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada dan miliki di saat ini. Terima kasih Tuhan. Hanya Kepada Mu Aku berserah.



p.s : gambar cuci mata ! Antara hadiah-hadiah yang ku terima semalam. Bagi ku hadiah-hadiah ini hanyalah simbolik sahaja, yang lebih bermakna ingatan dan doa kalian untuk ku.










Semuanya aku suka! Terima kasih yang tidak terhingga!



Monday, October 4, 2010

GA Kelly

Suka plak nak nak masuk GA..kali ini Kelly is the Penganjur. Ai suka browsing blog Kelly ni sebab sangat santai penulisannya ! Sangat enjoy membacanya.


Syarat-syarat penyertaan :

  • Mestilah Kelly's Life blog follower

  • Terbuka pada follower kat Malaysia, kalau yang luar nak join, kena bagi alamat di Malaysia

  • Linkkan blog Kelly's Life di blog anda

  • GA ini akan bermula pada 3hb Oct dan akan berakhir pada 3hb Januari 2011

  • Dan buat N3 kat blog masing2

  • Sila tinggalkan komen berserta nama, alamat, email dan nombor telefon di N3 ini

  • Jangan lupa nyatakan " Kenapa anda suka melawat Kelly's Life blog?"

Hadiah-hadiah yang akan dimenangi adalah seperti dibawah : )




*** Selamat mencuba & semoga berjaya ***



Monday, September 27, 2010

Masuk cepat...TTM buat Lucky Draw.

Sementara menunggu berbuka puasa, blog walking kat sini ,teruja nak menyertai.

TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!

INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!




16 pc Corell Dinnerware




Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.

Hanya Pada Mu Aku Meminta


Bagi saya, tidak memiliki harta juga suatu kepayahan yang menganggu fikiran dan ketenangan.
Bagi saya, kenaikan pangkat dan gaji juga penting dalam pembangunan kerjaya dan modal insan.
Bagi saya juga, pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta : Sihat dan afiat juga rezeki, pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki. Keluarga yang bahagia, anak-anak mendengar kata dan taat kepada ibu dan bapa adalah juga nikmat Ilahi. Punyai sahabat dan taulan yang setia juga nikmat kurniaan Ilahi.
Lantaran itu, saya berusaha mencarinya di samping berserah diri kepada Allah S.W.T .

Monday, September 20, 2010

Angah dan UPSR

Hanya ku panjatkan doa kepada Ilahi agar dipermudahkan segala urusan buat mu Anakandaku.

"Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Syahirah dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda"

Raya 2010

Turn Raya Aidilfitri kali ini Ai beraya di Kuantan..so, pagi2 lagi after solat sunat Aidil Fitri di Masjid Negeri Kuantan, we all ke rumah MIL and FIL di Galing.


Sessi bermaaf-maafan and bergambar adalah acara wajib.


Kunjung mengunjungi juga adalah acara wajib.


Benar2 ketandusan idea . Noktah.


Me and my family.


Keluarga Galing tanpa kakak sulung and her family.


On 2nd hari raya, we went back to my home town!


Ayahbonda tercinta.



sebahagian keluarga besar.

Thursday, September 16, 2010

Macam-macam

IRFAN:-

Semalaman Irfan kegelisahan, batuk menganggu tidurnya. Juga ada sedikit sesak nafas.

Ada family gathering di Chenderawasih , rumah my sis.

Ke Klinik, Irfan ada lelah rupan
ya. Kesian anak mama. Tomorrow he is not going to school ! Doctor bagi MC for him to just rest.

Nina pun demam, harap cepat baik both of them.


DIVA's TIME :-

2pm - ke rumah Kak Elle di Alor Akar. Kak Roze from KL pun ada! and Jehan juga.. semua ni kawan-kawan FB !

Sangat happening! macam dah kenal lama! Harap hubungan baik ini berkekalan.



TETAMU RAYA:-

6 pm ; Kak Simah and family datang beraya ke rumah.!

Hanya laksa lemak and pulut kuning Ai hidangkan. Esuklah Ai taruk resepi (my style) kat sini ye.

9 pm : Kak Intan and family juga beraya ke rumah.

Both of them are my siblings. Kak Simah is a teacher, duduk kat Alam Damai, Kuala Lumpur. Manakala Kak Intan pulak Pegawai Kerajaan , tinggal di Chenderawasih.



Sekian, laporan buat hari ini. Terima Kasih.



Wednesday, September 15, 2010

Teringin Makan Pulut Kuning lah pulak.

Tiba-tiba masa kat opis petang tadi Ai teringinnyer lah makan pulut kuning. So, after back from work, Ai singgah at the Kedai Runcit near my house to buy a kilo of beras pulut. As usual kena jenggah blog Ummi to get a resepi.

Bahan:-

  • 1 kilo beras pulut (rendam semalaman dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam gelugur)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • 2 sudu kecil garam halus

Cara Memasak:-
  • Masak air dalam periuk kukus biar didih.
  • Sementara itu, buang air rendaman pulut dan basuh sekali lagi pulut.
  • Masukkan perlahan-lahan dalam periuk kukus (berlubang) dengan di alas daun pandan bersilang-silang.
  • Kukus pulut selama lebih kurang 30 minit/hingga pulut kelihatan kembang. Balik-balikkan pulut satu kali semasa pertengahan kukus.
  • Sementara itu, dalam bekas lain, masukkan santan dan garam, kacau rata.
  • Bila pulut telah kembang, perlahankan api dan angkat pulut, tuang dalam bekas besar, masukkan santan tadi sedikit demi sedikit, kacau rata.
  • Masukkan sekali lagi dalam periuk kukus berlubang dan kukus sebentar (-+ 5 minit). Angkat dan ratakan pulut dalam periuk lain, dan letak sebentar atas api paling kecil selama -+ 10 minit.


Then at 11.25pm Ai start mengukus pulut...taraaa..ni lah hasilnya:-



*pengakuan ku:-
  • Ai rendam dua jam jer.
  • tak tarukpun daun pandan.
  • Guna santan kotak instead of fresh santan.
  • Ai tak alih pun ke dalam periuk lain, malas.
*Output :-
  • Kurang kuning
  • Kurang masin
* Disclaimer :-
  • nak makan dengan apa? kwang! kwang! esuklah saya fikirkan ye, dah mengantuk. Selamat Malam semua!