Showing posts with label UPSR Angah. Show all posts
Showing posts with label UPSR Angah. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

Promise To Keep

Sony Vaio for her! Toyota Vios for me!    


Vaio pilihan Angah.




Vios ni pula hanya hiasan semata-mata!


Yesterday, Angah finally got her UPSR's hadiah . Semuga ianya menjadi perangsang untuk lebih cemerlang di masa-masa akan datang. Perjalananmu masih panjang.  Teruslah berusaha tanpa jemu. Mama dan Babah sentiasa mendoakan agar perjalanan anak-anak dipermudahkan Ilahi. Berusaha dan berdoalah kepada Nya kerana hanya DIA yang Maha Mendengar dan Memakbulkan.

Monday, September 20, 2010

Angah dan UPSR

Hanya ku panjatkan doa kepada Ilahi agar dipermudahkan segala urusan buat mu Anakandaku.

"Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Syahirah dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda"