Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Ayat Pendinding Sihir

Salam buat semua.
Lupakan  cerita pasal Singapura ye. Hari ini Aunty ingin berkongsi pasal Ayat Pendinding Sihir.# Aunty tidak akan mengulas apa itu sihir dan implikasinya.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang berbunyi begini:

"Barang siapa yang mengamalkan ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255 dan tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, maka terhindarlah dirinya dari sebarang sihir"

Ketiga-tiga ayat Allah ini merupakan ayat pendinding diri dan perlindungan kepada sesiapa yang mengamalkannya. Ia sebagai "Internal Protection". Sebaiknya dibaca 1 x sebelum tidur tiap-tiap malam. Moga-moga kita dipeliharaNya dari sihir.


1. Surah Al-Baqarah: Ayat 1-5.










Wasallam.





Monday, September 27, 2010

Hanya Pada Mu Aku Meminta


Bagi saya, tidak memiliki harta juga suatu kepayahan yang menganggu fikiran dan ketenangan.
Bagi saya, kenaikan pangkat dan gaji juga penting dalam pembangunan kerjaya dan modal insan.
Bagi saya juga, pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta : Sihat dan afiat juga rezeki, pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki. Keluarga yang bahagia, anak-anak mendengar kata dan taat kepada ibu dan bapa adalah juga nikmat Ilahi. Punyai sahabat dan taulan yang setia juga nikmat kurniaan Ilahi.
Lantaran itu, saya berusaha mencarinya di samping berserah diri kepada Allah S.W.T .