Monday, September 27, 2010

Masuk cepat...TTM buat Lucky Draw.

Sementara menunggu berbuka puasa, blog walking kat sini ,teruja nak menyertai.

TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!

INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!




16 pc Corell Dinnerware




Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.

Hanya Pada Mu Aku Meminta


Bagi saya, tidak memiliki harta juga suatu kepayahan yang menganggu fikiran dan ketenangan.
Bagi saya, kenaikan pangkat dan gaji juga penting dalam pembangunan kerjaya dan modal insan.
Bagi saya juga, pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta : Sihat dan afiat juga rezeki, pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki. Keluarga yang bahagia, anak-anak mendengar kata dan taat kepada ibu dan bapa adalah juga nikmat Ilahi. Punyai sahabat dan taulan yang setia juga nikmat kurniaan Ilahi.
Lantaran itu, saya berusaha mencarinya di samping berserah diri kepada Allah S.W.T .

Monday, September 20, 2010

Angah dan UPSR

Hanya ku panjatkan doa kepada Ilahi agar dipermudahkan segala urusan buat mu Anakandaku.

"Ya Allah, terangilah cahaya pada hati Syahirah dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepadanya dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah ia daripada kesamaran dan muliakanlah dia dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepadanya pintu-pintu ilmu, dan hiasilah dia dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah dia daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda"

Raya 2010

Turn Raya Aidilfitri kali ini Ai beraya di Kuantan..so, pagi2 lagi after solat sunat Aidil Fitri di Masjid Negeri Kuantan, we all ke rumah MIL and FIL di Galing.


Sessi bermaaf-maafan and bergambar adalah acara wajib.


Kunjung mengunjungi juga adalah acara wajib.


Benar2 ketandusan idea . Noktah.


Me and my family.


Keluarga Galing tanpa kakak sulung and her family.


On 2nd hari raya, we went back to my home town!


Ayahbonda tercinta.



sebahagian keluarga besar.

Thursday, September 16, 2010

Macam-macam

IRFAN:-

Semalaman Irfan kegelisahan, batuk menganggu tidurnya. Juga ada sedikit sesak nafas.

Ada family gathering di Chenderawasih , rumah my sis.

Ke Klinik, Irfan ada lelah rupan
ya. Kesian anak mama. Tomorrow he is not going to school ! Doctor bagi MC for him to just rest.

Nina pun demam, harap cepat baik both of them.


DIVA's TIME :-

2pm - ke rumah Kak Elle di Alor Akar. Kak Roze from KL pun ada! and Jehan juga.. semua ni kawan-kawan FB !

Sangat happening! macam dah kenal lama! Harap hubungan baik ini berkekalan.



TETAMU RAYA:-

6 pm ; Kak Simah and family datang beraya ke rumah.!

Hanya laksa lemak and pulut kuning Ai hidangkan. Esuklah Ai taruk resepi (my style) kat sini ye.

9 pm : Kak Intan and family juga beraya ke rumah.

Both of them are my siblings. Kak Simah is a teacher, duduk kat Alam Damai, Kuala Lumpur. Manakala Kak Intan pulak Pegawai Kerajaan , tinggal di Chenderawasih.



Sekian, laporan buat hari ini. Terima Kasih.



Wednesday, September 15, 2010

Teringin Makan Pulut Kuning lah pulak.

Tiba-tiba masa kat opis petang tadi Ai teringinnyer lah makan pulut kuning. So, after back from work, Ai singgah at the Kedai Runcit near my house to buy a kilo of beras pulut. As usual kena jenggah blog Ummi to get a resepi.

Bahan:-

  • 1 kilo beras pulut (rendam semalaman dengan serbuk kunyit dan 2 keping asam gelugur)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • 2 sudu kecil garam halus

Cara Memasak:-
  • Masak air dalam periuk kukus biar didih.
  • Sementara itu, buang air rendaman pulut dan basuh sekali lagi pulut.
  • Masukkan perlahan-lahan dalam periuk kukus (berlubang) dengan di alas daun pandan bersilang-silang.
  • Kukus pulut selama lebih kurang 30 minit/hingga pulut kelihatan kembang. Balik-balikkan pulut satu kali semasa pertengahan kukus.
  • Sementara itu, dalam bekas lain, masukkan santan dan garam, kacau rata.
  • Bila pulut telah kembang, perlahankan api dan angkat pulut, tuang dalam bekas besar, masukkan santan tadi sedikit demi sedikit, kacau rata.
  • Masukkan sekali lagi dalam periuk kukus berlubang dan kukus sebentar (-+ 5 minit). Angkat dan ratakan pulut dalam periuk lain, dan letak sebentar atas api paling kecil selama -+ 10 minit.


Then at 11.25pm Ai start mengukus pulut...taraaa..ni lah hasilnya:-



*pengakuan ku:-
  • Ai rendam dua jam jer.
  • tak tarukpun daun pandan.
  • Guna santan kotak instead of fresh santan.
  • Ai tak alih pun ke dalam periuk lain, malas.
*Output :-
  • Kurang kuning
  • Kurang masin
* Disclaimer :-
  • nak makan dengan apa? kwang! kwang! esuklah saya fikirkan ye, dah mengantuk. Selamat Malam semua!

Sulam Manik Anyone?

My mother is very good in memasak, menjahit, menyulam and mengubah .

I'm looking forward to be just like her.

"Tak tau , belajar".

So, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.











Tuesday, September 14, 2010

Orang ikhlas itu tertindas?

Masih dalam mood hariraya tapi saya sudah masuk bekerja seperti biasa hari ini, tapi sayangnya memandangkan ramai staf yang masih bercuti, saya tidak dapat meneruskann kerja-kerja saya, so, masa terluang ini saya isi dengan blog walking.


Tertarik saya dengan satu post di blog ini , saya membacanya berulangkali dan terfikir untuk berkongsinya di blog saya ini.


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak? ”Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?

”Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?

”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?

”Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akandibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluankepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jua lah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itul agi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kakibodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran



Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin. Semuga sama-sama mendapat keredhaan Ilahi di hari yang mulia ini.

Memberi dan menerima

Saya sedikit kecewa hari ini.

Memberi tidak bermakna kita akan menerima . Asam garam kehidupan. Bukan mengungkit, tapi saya mungkin terlalu banyak memberi..sampai masanya saya mengingatkan mereka saya juga berhak menerima.

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan mengampunkan dosa saya ini.

Sunday, September 5, 2010

Merdeka Day dengan Nasi Ayam Madu

Cuti Hari Merdeka, kami tidak ke mana-mana, sekadar berehat dan bersantai di rumah.

Awal pagi lagi Along dah buat Permintaan Khas . "Mama, Along nak makan nasi ayam lah hari ini."

Saya bukanlah terror memasak, tapi apa salahnya mencuba kan. Sepanjang sessi memasak, saya ber online dengan adik bongsu di Qatar. Her Nasi Ayam is our favourite! Thanks Ija for your help !


So, inilah hasilnya. Alhamdulilah..jadi lah kot.