Wednesday, November 26, 2008

RASA HATI .....( khas buat Bro MC)

Di hening pagi
Suram kelabu,sejuk kaku menyelubungi diri
Ku pujuk hati nurani
Agar terus menyusuri sepi ini
Terus ke hadapan tanpa menoleh lagi
Kenangan silam ku tinggal pergi
Dengan tenang menuju destinasi


Sinar mentari
Berseri-seri
Semangat waja sudah kembali
Kini ku tak berduka lagi
Kerana ku pasti
Kejayaan dan kebahagian hakiki
Akan ku perolehi
Syukur kepada Ilahi


Corus Hotel, NAC 2008.

Thursday, November 20, 2008

Keluh Kesah

Gelisah gundah mencengkam jiwa
Sendu hati membara lara
Keluh kesah bergelora
Menderita ....

Duhai hati
Biarkan resah ini berlalu pergi
Belajarlah menginsafi diri
Memahami
Menerima kenyataan hakiki
Perjalanan hidup ini tak semesti seperti yang dihajati...

Kini ku mengerti
Mungkin ada kekurangan diri
Perlu diperbaiki
Mungkin ada kekuatan diri
Masih tidak mencukupi
Allah jua Maha Mengetahui
Supaya lebih mengenali diri sendiri....

Bersih jiwa raga
Tenang berwibawa
Menerima seada
Syukur mendahului segala.......

Tuesday, November 18, 2008

Cerita Angah


Kesian anak mama: kena demam campak. Duhai Angah..jangan nangis..bersabarlah..Ingat tak dulu Irfan kena Chicken Pox lagi teruk. Angah ni kena measles aje. Sakit ni kan ujian allah..menyucikan dosa-dosa kecil.

Minum air kelapa tu sampai habis..insyaallah akan cepat sembuh.

P/S..To Along/Angah: Assignment cuti sekolah- Chickenpox Vs Measles. Write an essay. Due date ; 5 December 2008