Showing posts with label MC. Show all posts
Showing posts with label MC. Show all posts

Wednesday, November 26, 2008

RASA HATI .....( khas buat Bro MC)

Di hening pagi
Suram kelabu,sejuk kaku menyelubungi diri
Ku pujuk hati nurani
Agar terus menyusuri sepi ini
Terus ke hadapan tanpa menoleh lagi
Kenangan silam ku tinggal pergi
Dengan tenang menuju destinasi


Sinar mentari
Berseri-seri
Semangat waja sudah kembali
Kini ku tak berduka lagi
Kerana ku pasti
Kejayaan dan kebahagian hakiki
Akan ku perolehi
Syukur kepada Ilahi


Corus Hotel, NAC 2008.