Sabtu . 31.01.09 .Masih tidak berpuashati kerana kedua-dua kakaknya tidak kena denda seperti yang dia hajati, pagi-pagi lagi, irfan telah membuat satu permintaan ;
"
Mama, sebab along angah taknak kawan saya, boleh tak hari ni mama masak lala untuk saya seorang sahaja., tak payah bagi along angah makan."
(Iklan : Alamak , di dalam gambar, table cloth yang ada itu kelihatan amat buruk dan kusam . Tidak sesuai untuk disimpan dan digunakan lagi. Sudah sampai masanya ianya di
spring cleaning seperti kata
Mamasita-mamamia . Dan sudah semestinya yang 'pergi' , kena ada pengantinya, lebih eluk diganti lebih dari satu, sebagai stok .
Kepada Menteri Kewangan @ suamiku tercinta :
"Errr....$$$$$$ please..table cloth tu i boleh beli sendiri, tapi meja makan tu nampak keciklah pulak . Dah tak muat . I bukan taknak masak hari-hari tapi meja makan tu biarlah besar sikit, barulah berbaloi i duduk kat dapur".
"Irfan, kena habiskan satu periuk lala ni. Kalau tak habis , irfan tak boleh ikut babah pergi main bowling kat premium lanes petang nanti ".
"Okaylah mama, saya bagilah along angah makan sama-sama dengan saya".
(Sebenarnya di Premium lanes tu ada Cyber Cafe , dia boleh bermain komputer di situ!)

"Saya sayang along angah ".
Irfan sudah kembali senyum. Tetapi tetap manja dan mengada kata Angah. Along mengangguk bersetuju.