Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Sehari Tidak Bekerja

Saya bercuti rehat hari ini. Saya membayangkan diri saya sebagai seorang Surirumahtangga Sepenuh Masa. Maka routine saya pada hari ini adalah seperti berikut:
  • 5.20 pagi: wake up call
  • 6.00 pagi: membangunkan anak-anak
  • 6.50 pagi: anak-anak ke sekolah , err En.Suami yang menghantar anak ke sekolah
  • 7.00pg - 8.30pg : menonton tv
  • 8.35pg : ke sekolah, Irfan tertinggal Pencil Box
  • 9.00 pg : menonton tv.
#nota: saya tidak perlu mengemas rumah and membasuh baju segala, saya ada pembantu.

  • 10.00pg -12.15 tgh - ke salon, bersauna berfacial and hair treatment
  • 12.30 - 1.40 ptg : ke kedai kain and ke tailor, ambik baju dah siap and hantar kain untuk di jahit
  • 1.41 ptg - 2.15 ptg : mengambil anak dari sekolah
  • 3.00 ptg : Menghantar Irfan ke KO _Ko.
  • 3.15 - 5.00ptg : Ke Bank urusan kewangan, Ke kedai membeli hanger2 and Stand untuk tudung
  • 5.30ptg: Sudah berada di rumah. Permintaan Shera : Buat Makaroni Bakar
  • 6.20 ptg : meng'update' blog.. Hari biasa saya berada di Gym atau Swimming Pool.

Kesimpulan saya :
  • Walau tidak bekerja( di opis) tidak bermakna saya duduk diam sahaja di rumah, boleh bersenang lenang berbaring2 sambil membaca majalah atau menonton tv sepanjang masa! Anak2 juga tiada di rumah kerana bersekolah, ada kelas tambahan, aktiviti ko-ko mahupun ke kelas mengaji Quran dan fardu Ain.

  • Buat waktu dan ketika ini, saya akan terus bekerja . Saya masih boleh meluangkan masa bersama anak-anak di malam hari sambil mengawasi mereka menyiapkan kerja sekolah ataupun mengulangkaji pelajaran. Saya juga tetap memastikan weekend adalah hari keluarga dan melakukan aktiviti bersama-sama mereka.


  • Walaupun begitu, saya amat mengagumi kawan-kawan saya Suri-surirumah Sepenuh Masa yang tetap gigih dan komited menguruskan rumahtangga masing-masing. Saya kagum dengan kesabaran mereka.

  • Saya amat bersyukur kerana En Suami memahami saya dan kami sama-sama dapat menguruskan hal rumahtangga terutamanya kebajikan anak-anak secara teratur. Susah sama dipikul, ringan sama dijinjang.

  • Terima Kasih Tuhan. Nikmat Mu tidak ternilai.