Saya sedikit tersentak mendengar berita itu. Mereka dikatakan pasangan bahagia..Masih muda, dan lebih muda daripada saya sendiri, Si suami, (sekarang bekas suami )berjawatan tinggi di syarikat gergasi di Pantai Timur ini. Manakala si isteri (bekas isteri) tidak dinafikan comel dan bergaya , tidak bekerja , hanya menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Masa terluang diisi masa dengan menyertai persatuan2 Wanita dan sebagainya.
Tapi sayang seribu kali sayang, kepercayaan yang diberi si suami telah disalahgunakan, Si isteri berkenalan dan menjalin hubungan dengan seseorang yang bergelaran katanya. Cerita sebenar si suami pun rupanya bukanlah baik benar..juga berlaku curang, kerap ke Tanah Seberang untuk liburan juga!
Maka, benarlah kata Allah itu.." Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik ". Seandainya pasangan berlaku curang, ianya bukanlah tiket untuk menghalalkan kita juga patut berlaku curang.
Episod seterusnya saya tidak ketahui secara detailnya tetapi ikatan itu telah runtuh jua beberapa bulan yang lepas, anak-anak dijaga Si Suami. Sedih rasanya mengenang anak-anak kecil itu. Saya tidak mengetahui ke mana arah Si isteri..
Pengajaran untuk saya: Sangat banyak.! tidak perlulah saya catatkan di sini, memadai kisah ini dijadikan pengajaran dan teladan.
