Semoga kekal bahagia sampai mati!
Wednesday, August 29, 2012
Monday, August 27, 2012
I Know What U did Last Raya...
Hi.. Today dah back to work. Berikut dipaparkan beberapa keping gambar raya.
Kot2 lah ada yang nak tengok.
Kot2 lah ada yang nak tengok.
Friday, August 17, 2012
Monday, August 13, 2012
Asparagus U...
Thursday, August 9, 2012
Permintaan Irfan : Sup Makaroni
Irfan suka makan mee! Berselera sungguh dia makan kalau makanan yang dihidangkan adalah mee atau yang seangkatan dengannya. So, for Iftar semalam, mama merajinkan diri menyediakan Makaroni Sup untuk Irfan. Berulangkali dia makan sehingga sahur pagi tadi.
Kasarnya daun sup ku ini..takdok seni langsung! |
Makaroni Sup
Resepi : Dari Dapur MaDiHaa
Bahan2
250 gm makaroni - direbus lembut kemudian cuci di air paip & ditos
1/4 ayam (bahagian dada) - dipotong kecil
1/4 kubis (saiz kecil) - dipotong kecil
1 biji carrot - potong saiz kegemaran
1 biji kentang - potong kiub
10 cawan air
2 kiub sup bunjut knorr
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam (sukat lada hitam yg dah dikisar/tumbuk)
1 inci halia - diketuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
minyak untuk menumis
Bahan Tambahan
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap (segengam cili padi + 1 ulas bawang putih dikisar + 1 sudu besar gula + 1/2 cawan kicap manis/ secukupnya)
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk yang agak besar sedikit. Tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris berserta halia yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan 10 cawan air, 2 kiub sup bunjut Knorr & 1 kiub ayam. Biarkan mendidih.
2. Sementara itu sediakan sambal kicap & bawang goreng (sekira nak goreng sendiri) & hiriskan daun sup.
3. Bila sup dah mendidih, masukkan kentang & carrot. Selang 3 minit masukkan pula kubis, serbuk lada hitam & garam secukup rasa. Bila kentang sudah empuk masukkan makaroni yang telah direbus & kacau rata.
4. Hidang makaroni sup dengan bahan2 tambahan sekiranya suka
Wednesday, August 1, 2012
Wordless Wednesday
Tersayang ;
Ya Allah,
Kasihilah dan Sayangilah ke dua-dua mereka sebagaimana mereka menyayangi kami sedari kecil.
Subscribe to:
Posts (Atom)