Tuesday, July 31, 2012

Monday, July 30, 2012

Happy Weekend

Last saturday, Ija and family datang rumah. All the way from Alam Damai, Cheras. Takder apa pun tujuan utama, just lepak2 and relax2 shj. Gi jalan2 ronda pun tidak.

Dalam takder apa2 tujuan tu Aiman ada permintaan, teringin nak makan Makaroni Bakar rupanya. Since ada yang bertanya resepinya, I copy paste again kat bawah ni. #gambar2 ni gambar lama ye#


BAHAN-BAHAN :


  • 1 bungkus makaroni
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 biji bawang besar
  • 400 gm daging cincang
  • 400 gm ayam cincang
  • 1 tangkai daun sup
  • 3 sudu cili mesin
  • 1/2 biji cili bangla hijau
  • 1/2 biji cili bangla merah
  • 10 biji telur

CARA MEMBUAT :-

  • Rebus makaroni sehingga kembang, toskan .
  • Tumis cili mesin dan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan daging cincang , goreng hingga masak.
  • Masukkan makaroni, cendawan butang dan cili bangla.
  • Masukkan garam. Gaul rata.
  • Masukkan daun sup.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Sediakan bekas pembakar, sapukan sedikit mentega di sekeliling bekas.
  • Masukkan makaroni. Pecahkan Telur. Pastikan telur menutupi semua makaroni.
  • Bakar dalam ketuhar 180"C selama 30 minit.

Setelah dimasak di atas dapur, angkat dan sejukkan










Sedang di bakar. Suhu 180'C, time 30 minit.

Finally...

# untuk lebih sedap, taburkan cheese parut selepas memasukkan telur.
 
 
Selamat Mencuba.

Friday, July 27, 2012

Thursday, July 26, 2012

Hutan Persahabatan

HUTAN PERSAHABATAN
Berkawan denganmu
Ialah berkawan dengan ilmu,
Dengan akal yang selalu di raut,
Renung yang selalu dikikir
Dan hujah yang selalu diasah.
Berkawan denganmu
Ialah bermusuh dengan musuhmu,
Dengan si fitnah yang beraja
Pada api perasaan,
Dan si dengki yang bersedia
Membentesmu dari belakang.

Ah, kawan, lupakan mereka.
Mari teruskan perburuan kita
Di hutan persahabatan kekal ini.
Aku tidak memerlukan kata-kata indah
Tetapi tangan ikhlasmu
Apabila terjatuh di perburuan ini.
Aku hanya ingin menemanimu
Di perjalanan yang penuh halangan
Dan perburuan yang menyukarkan.
Aku tidak memerlukan mereka,
Mari teruskan persahabatan kita.

T. Alias Taib

Tersayang.

Biarlah gambar-gambar yang berbicara...





Permata jiwa saya. Semuga bahagia sampai ke syurga.

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadan



Semuga Ramadan tahun ini lebih bermakna dari Ramadan tahun-tahun sebelum.