Tuesday, December 28, 2010

Bolasepak - Minat Yang Tiba-tiba.

 Saya mengosok baju malam itu.

 Sambil mata mengerling TV..






Saya tersaksi gol pertama Malaysia...then gol kedua dan finally gol ketiga!

Yeaayyy, Malaysia won the game. Tiba-tiba saya rasa saya suka bola sepak. Tidak sabar rasanya menunggu perlawanan  pusingan ke dua di Jakarta nanti. All the best ! Malaysia Boleh!

Friday, December 24, 2010

Me Bowling : Step By Step

Baru-baru ini saya telah mendapat satu permintaan khas. Ada yang teringin menyaksikan Estate Bowler saya beraksi di lane.

Saya tidaklah sepandai mana bermain bowling, tapi untuk tidak menghampakan peminat2 saya itu, hehehe, dibawah ini saya letakkan gambar2 saya bermain bowling.




Normally, kalau bermain di Megalanes saya akan menggunakan bola The Vital sign during my first throw. Manakala untuk spare, saya menggunakan bola  Ebonite.
  


Okay, saya sudah bersedia untuk membuat balingan sekarang. Ops! masih anda ingatkah kepada  Mr Coach yang gigih sukarela melatih saya itu?.Pesanan dia  " Sentiasa bersihkan bola setiap kali, saya ulangi setiap kali ye, so that, semua minyak2 atau bahan2 yang tidak diingini yang mungkin akan menganggu kelancaran bola itu meluncur di atas lane akan dinyahkan dari bola tersebut!". : Baik Mr D! kalu dia takder banyak kali saya skipped buat!.


 Sekarang saya sudah berada di atas lane. . My standing position pada hari itu ialah board 20. My first target is antara dot 4 and dot 3. and bola akan melalui arrow dua.

" Che Pah! Take your time. Lock into the target, imagine your line, breath-in, exhale fully, go!"



 
The ball should be released under the chin! bahasa mudahnya kena lepaskan bola selepas foul line!





Kenapa saya berada di board 5 itu? saya pun tak pasti sebenarnya.






Finally , inilah keputusannya!


Happy Bowling Everyone!  and High Scores.

Thursday, December 23, 2010

Gelisah Along, Debaran Mama.

Kesian Along..semalaman tidak dapat melelapkan mata.

Gara-gara menunggu pagi hari . Hari Result PMR!

Mama pun berdebar sebenarnya. Tidak fokus pada perjalanaan mesyuarat, mata ashik mengintai skrin BB menunggu mesej from Along.

Finally, syukur kepada Ilahi melebihi segalanya. She got  7As 1B . Itupun sudah sangat baik! Well Done Along. I'm so proud of you.

Wednesday, December 15, 2010

Asrama Penuh Yang Dah Penuh

Pabila Angah tidak menerima surat panggilan temuduga ke Sekolah yang dipohon, saya sedikit cemas. Naluri seorang ibu mahukan hajat anak tercapai, saya menghubungi sekolah berkenaan. Walaubagaimanapun, jawapan pihak sekolah amat mengecewakan. " Gaji Puan besar! Sekolah ni mengutamakan anak-anak penjaga yang berpendapatan rendah". Puan ada kenal sapa-sapa tak ? Geram saya nak menjawabnya..ye saya kenal Perdana Menteri saya, tapi dia tak kenal saya.


Kesian Angah, hajatnya tidak kesampaian untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh dek gaji mama yang dikatakan besar.Memang keputusan kemasukan rasmi belum diterima, tetapi secara logik kalau tidak dipanggil temuduga, adakah peluang untuk berjaya masuk ke sekolah itu.? Angah mendapat punishment kerana saya dikatakan berjawatan agak baik dalam jabatan kerajaan dan berpendapatan sedikit tinggi dari kakitangan sokongan. Dan saya sedikit kecewa kerana syarat itu tidak pula terpakai kepada semua orang. Ada juga kawan-kawan Angah yang ibubapanya Pegawai A tetapi still mendapat panggilan temuduga.


Buat Angah, (buat Mama jugak), terima lah dengan hati yang terbuka. Sekolah mana rasanya sama sahaja, yang penting Angah nanti menumpukan perhatian kepada ajaran guru, pasti Angah akan berjaya. Insyaalllah.

Tuesday, December 14, 2010

Bye MAKSAK 2010! See u MAKSAK 2011.

Alhamdulilah, Home sweet home.Berakhirlah sudah Kejohanan Bowling Maksak 2010.

Coret-coret kejohanan adalah seperti berikut:-
  • Saya bermain Double. Berpasangan dengan Kak Hamsiah.
  • Block pertama bermula Khamis 8.30 pm 9hb Disember.
  • Block kedua on Saturday 11hb Disember, 4.30 pm.
  • Block Ketiga on Sunday 12hb Disember. 11.30am.
  • Hi Scores 198. Low games 119!!!!!sangat hampes.
  • Keputusan : Double No 5. Ranking Individu 42/169. average : 160. Walau memperbaiki ranking and average from Maksak 2009, saya masih tidak berpuashati.

Tiada alasan sebab bak kata seorang sahabat...jangan salahkan lanes, kerana lanes itu tetap di situ..yang boleh diubah hanyalah tangan and badan. So, sendiri mau ingatlah ye.

Good Bye Maksak 2010, the past is past! Selamat Datang Maksak 2011...every throw is new! Saya akan beraksi lagi insyaallah.


Dan seperti biasa acara posing itu tetap ada sebagai kenangan terindah.




Wednesday, December 8, 2010

Antara Johor Bharu and Orchard Road.

Malam ini saya akan ke Johor Bharu, mewakili Pahang dalam Kejohanan Bowling Maksak Malaysia bermula 9hb Disember hingga 12hb Disember.

Kejohanan akan berlangsung di Daiman Bowl, lane nya sintetik...awal lagi dah saiko..that lanes are not for a Cranker! uwaaaaaaaa. Tersangatlah siksa jiwa dan raga seorang Cranker bila bola go straight sahaja instead of belok kiri tawwwww.

The Hook Ball should be move like the arrow.


So, tiada pilihan nampaknya saya terpaksa  juga membawa BOOM selain dari  my VITAL SIGN ! Sekurang-kurangnya saya ada dua pilihan di sana nanti. Oh! ye..tidak dilupakan hard ball utk ambik spare! Bak kata Mr.Coach Terlampau saya..."guna hard ball, baling ara(h) sana..siku kena lurus menghala ke pin! sangat senang kan?".....yelah Mr Dennis..sangat senang lah..secara teori...kalu dah tangan mengepak sure cuci longkang lah that ball.




Oh ye...saya juga kena get ready my Pasport! just in case lah termenyeberang Tambak Johor itu......!

Tuesday, December 7, 2010

Promise To Keep

Sony Vaio for her! Toyota Vios for me!    


Vaio pilihan Angah.




Vios ni pula hanya hiasan semata-mata!


Yesterday, Angah finally got her UPSR's hadiah . Semuga ianya menjadi perangsang untuk lebih cemerlang di masa-masa akan datang. Perjalananmu masih panjang.  Teruslah berusaha tanpa jemu. Mama dan Babah sentiasa mendoakan agar perjalanan anak-anak dipermudahkan Ilahi. Berusaha dan berdoalah kepada Nya kerana hanya DIA yang Maha Mendengar dan Memakbulkan.

Sunday, December 5, 2010

Irfan 10 years Old.

Ini coretan saya tahun 2008 rasanya..saya copy paste ! hihi.


5 Disember 2000 - Ramadhan 10..Irfan dilahirkan.
One month earlier...a premature-birth baby boy...

I still remember the day....pagi tu Finance Department ada meeting Department ..last meeting for 2000. Hari tu actually memang ada monthly appointment @ medical check up dengan Dr. Hamizah kat Kuantan Medical Centre.I had decided to attend the meeting first. But during the meeting..my perut rasa semacam jer..Syukurlah dapat bertahan until meeting abis around 12 pm.

I mintak tolong Hasna' to send me to KMC immediately then.

Warded to bilik biasa dulu..Dr Hamizah came and examined me..."Sharifah..kalu ada the greeny water keluar..cepat2 inform me...takut baby terminum@makan air kotor pulak..dangerous...; Ok..DR,,i'll inform u ..


At 7 pm...Dr Hamizah came again and checked my condition,.." Sharifah..kenapa u tak cakap air hijau dah keluar....masuk labour room sekarang!!

Hmm...tak sangkalah pulak my baby boy nak keluar dah...4 minggu awal dari jadual.

Saat yang ditunggu pun tiba ; my husband seperti kedua- dua kelahiran Along and angah di tahun 1995 and 1998 tetap setia berada di samping ku ,menemani dan memberi semangat kepada ku .Then, selepas je azan magrib berkumandang...MUHAMMAD IRFAN BIN NAZMI selamat dilahirkan. Syukur kepada allah mendahului segalanya. Proses kelahiran berakhirlah sudah , Irfan dilahirkan dengan cukup lengkap sempurna. Thanks to Dr Hamizah and staf, barulah senang hati diorang pergi bukak puasa.

Baby irfan 2.85 kg dibawa kepangkuan ku..."assalamualaikum anak mama"....masih teringat2 he opened his eyes dan memandang tepat ke arah ku".


Irfan , permata hati mama : Semuga menjadi anak yang soleh . Selamat di dunia dan di akhirat. Amin.