Thursday, May 10, 2012

LEXIS Port Dickson Dalam Kenangan

Selesai sudah Family Day Opisku Terchenta di LEXIS PD pada 5hb Mei - 7hb Mei yang lalu.

Ai berpuashati dengan Family Day kali ini, walaupun sedikit ralat kerana Along and Angah tidak dapat turut serta. Takper yer Along and Angah, nanti Mama arrange kita pi bercuti di sana.



Posing di beranda bilik

Boss Kechik sedang rehat kepenatan

Bersedia untuk acara Senamrobik dan Sukaneka

enjoyyyyy.

Gala Dinner...tak lengkap tanpa Along and Angah

Cabutan Bertuah. Syukur.

Wednesday, May 9, 2012

Berbakti Untuk BAKTI

Wordless Wednesday



Tuesday, May 1, 2012

Road To Maksak 2012

Baru-baru ini, Maksak Pahang telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili Negeri Pahang ke Kejohanan Maksak Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 21hb Jun - 24 hb Jun nanti.

Game pertama bermula dengan baik, 166, kemudiannya my scores turun mendadak...138, ramai sgt jurulatih yang suka membuka kelas walaupun di hari pertandingan. Sungguh tak faham. Geram pun ye. Then di game ketiga, Ai bangkit kembali mencapai 180..Bila ranking naik kembali, datang lagi Jurulatih2 sukarela tu walau Ai tak panggil and tak suka, tried to teach me to do that and not to do these. Rimas akak dibuatnya. Jadi stress and terus huru-hara jadinya my games.Menjunam nama tiada dalam ranking top 10.Mana tidaknya, score hanya 137. I kemudiannya tidak menoleh ke belakang lagi, i have to concerntrate and focus otherwise impian ke Melaka tidak akan tercapai. Kali ini selepas setiap balingan, Ai hanya duduk di bangku players and tidak menghiraukan 'Peminat2' di belakang! Alhamdulilah, i managed to get 201.


Blok pertama tamat dengan Ai berada di kedudukan yang selesa iaitu di tempat ke 4. Then, scores games seterusnya adalah 200, 180, 159,171 and 179. Tamat kejohananan dengan Ai mendapat tempat ke 3. Syukurlah, impian telah tercapai.