Sunday, August 22, 2010

Honey BBQ Sausage

Salam Ramadhan.




Masak apa semalam?

Menjenguk - jenguk blog Kak Ummie, terpesona plak nak cuba. Thanks Kak Ummie.




HONEY BBQ SAUSAGE


Bahan:-
  • 1 bungkus sosej mini Ayamas (perisa blackpepper)
  • air secukupnya untuk merebus sosej
  • 3 sudu besar sos BBQ- jenama Life
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos cili
  • 3-4 sudu besar madu
  • secubit garam
  • 3 sudu besar madu
  • sedikit air


Cara-Cara:-
  • Rebus sosej hingga masak dan toskan
  • Campur ke semua sos dan kacau
  • Panaskan sedikit minyak zaitun dalam non-stick pan dan masukkan campuran sos tadi
  • Letakkan sedikit garam dan air. Kacau sekejap dengan api perlahan
  • Masukkan sosej dan kacau balik dengan sos tadi sehingga ke semua sos melekat pada sosej dan kering dari pan.
  • Bila semua telah bersalut, angkat sosej tadi
  • Hidangkan bersama mayonis dan sos mustad
Yummy! Terima Kasih Mama! kata Irfan.




Betul kata kak Ummie..kita kena berani mencuba! Pasti jadi.

Thursday, August 5, 2010

Tenang

Tenang
Tenanglah jiwa
yang kegundahan
kepada tuhan pasrahkan diri
mohon kekuatan
mohon dimantapkan iman.

Tenanglah jiwa
tika mengharungi laut kehidupan
yang saban detik terus bergelora
moga diri semakin mengerti
yang tersurat dan tersirat.

Diri yang kerdil
moga kepada Tuhan
takkan derhaka
terus mengabdi diri
dengan ikhlas dan tulus
agar hidup dirahmati
untuk selamanya.

oleh:
Mohamad Nordin Abdullah
Bagan Datoh, Perak
Majalah Nur, JANUARI 2007.