Wednesday, April 21, 2010

Special Note to Nor Aliza



Ja yang dirindui.

Apa khabar Ja di sana? Semuga Ja sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Bagi diri saya di sini, alhamdulilah, syukur kepada ilahi kerana dipermudahkan segala-galanya.

Biarlah saya direct to the point ye. Ja...dua tiga hari ni alhamdulilah, Allah telah menemukan saya dengan beberapa sahabat lama kita di SMTA dulu. Jutaan terima kasih kepada Facebook! Facebook ni sebenarnya ada jugak advantage nya.

Solahiyah, Teh Sapuan, Norwati, Zaharah, Norhazita,Rosmina, Faeeza, Salwa Masri, Nadzifah, NorAini Mohamed ...nama-nama itu sound very familiar kan... Noran, Salwati, Nina, Rohaya Yusof, Yati Nordin juga telah dapat dihubungi! Gembira rasanya. Bunga-bunga rindu bersarang di hati..satu demi satu peristiwa manis terbayang di mata, manakala peristiwa pahit boleh diketawakan, betapa tidak berakalnya ketika itu. Pahit manis peristiwa di zaman kita membesar bersama, zaman kita mula meniti kehidupan itulah juga yang mendewasakan kita sebenarnya.

Kini, setelah hampir 25 tahun berlalu, tibalah masa untuk kita berkumpul dan berjumpa semula akhirnya. Justeru itu, kami sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan satu perjumpaan seperti ketetapan berikut:-

Perjumpaan Ex-SMTA 81-85

Tempat: Mina's House. (Mina akan uploads map to her house)

Tarikh: 22hb Mei 2010

Masa: 12.00pm

En Suami and anak2 tidak dijemput! hihi..senang kita nak bergaloks.


So Ja, please keep in touch, saya akan update from time to time.

Sekian. Harap dapat berjumpa nanti.

Salam Sayang.
SNJ

Monday, April 5, 2010

Cerita B Bowler

Bowling is a game of knowledge and skill but it is also very much a sport where athletes excel with outstanding feel.

Nampak gempak tak ayat di atas? hehe...
Sudah sekian lama saya tidak bercerita mengenai aktiviti bowling saya di sini kan, aktiviti kegemaran saya and Suami Tercinta. Btw, Suami Tercinta bukan lagi C Bowler ye. Average nya sudah meningkat . Sudah banyak kali memenangi pertandingan. Sudah ramai yang mengajak beliau berpasangan dalam pertandingan..dia dah boleh demand sekarang! B Bowler VS B Bowler lah pulak selepas ini.

Apa status terkini saya dalam bowling? Sekadar berkongsi, dua minggu yang lepas, Suami Tercinta telah membelikan saya bola bowling baru.Thanks Darling for that. Jenis BOOM keluaran EBONITE , semi-medium. Berat 14 paun.

Ini dia dengan sekacitanya saya memperkenalkan..The Purple !




Bersama ini juga saya copy-paste kan Sketch laluan BOOM yang patut saya apply kan..garisan purple itu adalah laluan Strike bagi saya! Lain lanes lain plak laluannya, so,dalam tempuh dua minggu saya menggunakan BOOM saya dapati ianya lebih sesuai digunakan di Premium Lanes compared to digunakan di Megalanes. I should buy a soft ball to be used at Megalanes. Boom tak masuk sgt di sana. Bola jadi straight instead of should be curve to the right at the back end. Oleh itu, bila bermain di Megalane, i'm still using my TRACK ball !It helps me getting a better scores.







Saya masih belajar memahirkan diri dengan BOOM . Bagilah saya sedikit masa, insyaallah scores saya juga akan meningkat apabila bermain di Premium Lanes.


Ok..B Bowler Suami Tercinta, sudahkan anda besedia?