Tuesday, March 30, 2010

Datang dan pergi


Pagi tadi ada Majlis Perpisahan Staf di pejabat. Saya turut menghadirinya .

Puan yang diraikan di beri peluang menyampaikan ucapan terakhirnya. Kalau sebelum ini tidak berpeluang , kali ini beliau boleh bercakap tanpa ada batasan masa.


Segala kenangan indah, pahit manis sejak mula bertugas sehingga hari-hari terakhir nampaknya di singkap kembali. Sahabat-sahabat terdekat dan rapat nampaknya bersedih dan mengalirkan airmata. saya tidak pasti adakah saya sanggup bertahan berkhidmat selama beliau di sini.


Adat penghidupan, setiap yang bermula akan berakhir. Setiap yang datang akan pergi, setiap yang masuk bertugas akan juga berhenti atau bersara apabila sampai masa dan ketikanya. Maaf dipinta atas segalanya. Walau dia tidak pernah bertugas di bawah penyeliaan saya, manalah tahu ada tingkah laku dan perkataan saya yang mungkin menyinggung perasaan .


Akhirnya, buat Puan yang bersara, selamat menempuh dunia berpencen. Semuga selamat segalanya.


Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.

Monday, March 29, 2010

The Sweet Aleeya



Jumaat lepas saya sungguh teruja. Saya menemui seorang lagi rakan yang saya kenali di alam cyber. Bermula dengan blog kemudiannya berhubungan di Facebook.


Yezzer! Aleeya telah datang ke Kuantan! Menemani suami yang ada urusan kerja di sini. Bapa and ibu mertua Aleeya pun hadir bersama.


I must say that she is so sweet ! Berbudi pekerti mulia. Walaupun pertama kali bersua muka, dan jauh perbezaan usia, saya selesa berjumpa Aleeya. Walaupun sedang berbadan dua, beliau kelihatan aktif dan bertenaga.Thanks Aleeya for everything! Your tips etc etc akan akak cuba apply kan!


Finally, All the best to You, Aleeya. Semuga Allah permudahkan segalanya. Semuga persahabatan ini juga berkekalan.

Friday, March 19, 2010

Off to KK


Esuk pagi saya akan ke KK. Ada lawatan opis! Will be there until 23rd March 2010.

Semuga Allah permudahkan perjalanan kami. ..