Friday, August 28, 2009

The Mask.

You Said It....

Monday, August 24, 2009

The Finalle Sg Semuji

Since Mamasita suka dengan gambar i ni, i ambik kesempatan to put it again here!.BTW, semua orang boleh nampak nota-nota kuliah terbentang indah di atas meja ku..(saya pelakon yang agak boleh kan)

2.30 pm - 4.30 pm Session 5 : Aktiviti 10 Q's

Peserta-peserta diberi tugasan untuk diselasaikan mengikut kaedah yang diajar di sessi sebelum ini. Aktiviti pertama diadakan di dalam kelas itu sendiri manakala aktiviti 2 dan 3 diadakan di luar kelas. Yeay! Saya amat suka.

Aktviti tidak bernombor- posing time !!

Aktiviti 2 - Menyeberangi lautan beracun !

Kami terpaksa cross the river using only 3 pieces of small cupboard... kes naya tau since semua kami ni tidaklah kecik saiz masing-masing.

In order to do it..we all must have to shoes off..terpaksa bersesak2 di atas kepingan cupboard yang tidak kecik itu..hanya muat untuk 5 tapak kaki at all time..satu kaki lagi kena berjengket..

Dan seperti biasa, walau apa rintangan yang terpaksa dihadapi, hidup mesti diteruskan, kami tetap happy berposing di hadapan kamera...peace.


To make it short, we finally reached the another tebing dengan jayanya..yahoo..takder sapa yang menang atau kalah since everybody were fully understood the purpose of the game @ activity.! Kreatif berfikir di luar kotak kebiasaan dan semangat berkerjasama antara sesama ahli kumpulan. Balik opis must apply and implement lah ye.

Oh ye..there was another activity to complete before dark. Urusetia tidak semudah itu melepaskan kami berehat sesuka hati.

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Tugasannya adalah ini : Kumpulan satu diarah untu memindahkan bom beracun ke tebing sungai. Di situ, kumpulan dua akan memindahkan bom beracun ke dalam kotak sebelum di humban ke sungai.

Tatkala Kumpulan Satu memikirkan strategi to complete the job, kami , kumpulan Dua pula bersenang - lenang bersantai di bawah pokok sana.



Since kami telah di kurantinkan di bawah pokok sana..yeay..suka suka sebab teduh.kami sedikitpun tidak memperdulikan apa yang dilakukan oleh Kumpulan Satu.

Nampaknya kumpulan Satu telah berjaya bergerak dari kedudukan asal mereka. Misi mereka telah berjaya. Rupa-rupanya the purpose of mengasingkan Kummpulan Dua is to prevent us from being busy-body campurtangan menumpang memberi arahan yang tak sepatutnya..ooohhhh itu macam kaa...

Then it was our turn to take place.

Acara memusnahkan bom beracun!!


The rule was baldi itu tidak boleh mencecah rumput! Bom akan meletup!


So, dengan hiruk-pikuknya masing2 bersuara suruh @ arah buat itu dan ini. Langsung huyang-hayang the baldi tu ntah kemana..Ops..lupa, kumpulan Satu telah berada dikeliling kami trying very hard to help us dengan "menolong" memberi arahan dan panduan etc etc..


Ciss....


Then..time to mencurahkan the bom itu ke dalam kotak sebelum dimusnahkan!

Moral of the story:-
  • ikut arahan Leader
  • jangan hirau musuh-musuh kat sekeliling
  • semangat berpasukan
"Okay Kumpulan satu, since tadi banyak sangat cakap, arahan dan panduan, cuba acu try pulak..boleh berjaya ke???". Err..that was not my words, itu The Instructor yang cakap..So, sendiri mau ingatlah ye.

By the way, after tengok my pictures, ...Pertanyaan Irfan " Mama,...kerja mama main-main macam tu ke? haiya sapa nak jawab..


9.00 Mlm - 10.30 Mlm Sessi 6 : Ceramah agama-Pengukuhan Kerohanian Asas Penjanaan Insan Terbilang.


We were very tired and sleepy but tetap mengagahkan diri dan mata to attend the ceramah.

Very young Ustaz from KIPSAS!

Macam serasi jer ngan Ustaz tu, saya pun pakai serba merah.

Mmmm..dengan kakak kite ni pun macam berjanji-janji..she was wearing red too.

En.Suhaimi from unit IT pun nak tumpang glamer bergambar ngan mak-mak merah.


Gambar penuh wajib ada juga.

Tiada yang hendak dipelikkan, bab bergambar tak pulak rasa mengantuk and letih. By the way, nasib baik gambar ni blurr..saya pakai spek tu!!
Khusuk mendengar ceramah ataupun melayan mata yang mengantuk...tak tau lah.

Hmmm...Cik S kite yang Sweet ni begitu khusuk bertelefon pulak ye...


THE FINAL DAY - July 30, 2009 (Thursday)

9.00 am - 10.30 am Session 6 : Transformasi Diri Melalui Model 10 Q's
  • Balance Quotient
10.30 am - 12.30 pm Session 7 : Rangka Tindakan Bersepadu
  • Pelan induk untuk menjana 10 Q's
  • Jejak-jejak menuju kecemerlangan
  • Kontrak diri
  • Penilaian kursus

12-30 pm - 01.00 pm Closing

Let Pictures Do The Talking lah..tahap malas gaban ku sudah datang.


Bermaafan sesama peserta.

Posing tetap posing.

Yeay..penyampaian sijil.





The End.

Tuesday, August 18, 2009

Dua Malam Di Sungai Semuji....

KURSUS KECEMERLANGAN DALAM PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA SIRI KEDUA : MENJANA INSAN SEIMBANG



Date : 28/07/09 - 30/07/09

Venue : Agro Resort Sg Semuji

44 participants .




Wah..canggihnya the title of the Kursus kan? I had attended that Kursus...SNJ, Kehadiran Anda Adalah Diwajibkan...otherwise, you will received the surat cinta shortly.



I was told that one of the purpose of the Kursus was to uplift the semangat kerja of pegawai dan staf of the company. Adakah ini bermakna kami telah kekurangan semangat kerja itu atau it became worst, sudah tiada langsung! Entah, saya sendiri tidak dapat menjawabnya.


"We are looking for great people who dare to dream big and who would like to grow with us bla..bla..bla."

Dream big? That is another story lah ye.

Just for info, i have been working here for the last 16 years!! Am i satisfied? The answer is different story lah. but since day one of the kursus, we have been introduced with the below ungkapan. So, sendiri mau ingat, If you were not satisfied with what you didn't get here, you just quit and find another job lah....!






By the way, as you can see ,the organizer @ cordinator of the kursus was not a calang-calang one. The Facilitator has over 15 years experience in training and consulting. For me every session was excellent and fullfill the objectives of the kursus.


Day One :

9.30 am : Registration .

11.00 - 1.00 : Introduction

2.oo - 4.30 : Session 1

Session 1 : Analisis Profil Kendiri.

Saya tiada di session itu! walaubagaimanapun from outline of the kursus, the objectives were

  • Merangsang Minda dan Anjakan paradigma
  • Analisis Diri (Kekuatan, kelemahan dan Potensi Diri
  • 7 Sumber Untuk Mengenal Diri
  • 13 Masalah Yang Mengekang Kecemerlangan Diri


By the way, siapakah gadis manis yang melambai-lambai tangan itu? Adakah dia seorang Penceramah ? Pekerja Resort? Atau Pengacara Rancangan Nona? Oh..tidak, tekaan anda semuanya salah. She is Miss S...my PA..she is still single and available. Ehem.. ..Ehem..

Well, pagi itu saya terpaksa menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Audit terlebih dahulu, saya Setiausaha Jawatankuasa..kenalah hadir . Saya telah mendapat excused to register a bit late.



Dan saya amat bertuah , saya sampai di Sungai Semuji just at the right time, minum petang !. Jemput minum, dipersilakan Puan. Hehe.. Kita minum dulu.




5.00 - 6.30 pm : Senaman Kalistenik.


Ooo..i love this session very much . Senamrobik ! ops..di sini saya hanya follower, bukan instructor ye.

Ada juga yang mengelat, memilih tempat teduh....!

Dan seterusnya Aktiviti berkumpulan..Memilih Nama, Logo and Slogan Kumpulan.

Lukis jangan tak lukis...the time was running out!

My kumpulan dengan bangganya mempekenalkan nama, logo and motto of our kumpulan during The Persembahan Berkumpulan. Tidak mempedulikan ejekan dan sorakan kumpulan lain ,kami tetap gigih bersatu melaungkan slogan ataupun motto kumpulan bersama-sama.

Question: Mengapa saya tidak berada dalam barisan?

Jawapan : I was so busy menjawab sms my hubby. Adakah patut dia mengajak saya berlatih bowling ketika itu..Uwaa..uwaa..kalaulah di Resort itu ada lanes..di tengah malam buta pun saya sanggup bersengkang mata asalkan dapat membaling sekali dua!!!!


8.00 pm - 10 pm : Session 2 :Transformasi Diri Melalui 10 Q's (1)
  • Inteligent Quotient
  • Emotional Quotient
  • Spiritual Quotient



As for me, tidak kiralah canggih mana pun tajuk kursus ke apa ke.., saya tetap suka bergambar!!!hehe..sudah di luar tajuk!
Oh ya..lupa saya untuk memperkenalkan roomate saya yang sweet ini ! My dear Kak B. She is a very nice person. We are quite closed to each other. Bagi saya, dia bukan sahaja rakan sekerja, she is also a good friend and sister ! Shoulder to cry on !
Orangnya sentiasa bergaya, tidak diimamah usia..wink.wink..i love her puding tapai and raja very much!!!!! She also can menjahit manik and labuci segala very very well...(another puding raja for me)

Day Two

7.00 am - 8.00 am : Senaman kalistenik/Aktiviti Berkumpulan

9.00 am - 12.00 pm : Session 3 and Session 4.
  • Relations Quotient
  • Motivation Quotient
  • Adversity Quotient
  • Verbal Quotient
  • Loyalty Quotient
  • Physical Quotient


Walau duduk di belakang, Jurugambar nampaknya tetap gigih merakamkan gambar saya. Saya suka..ianya boleh dijadikan bukti kehadiran saya di sepanjang kursus tersebut. Saya juga membayangkan diri saya persis a very good student yang komited pada pelajaran..heheh..P/S.. Gaya lakonan saya amat bersahaja kan.


Saya akhiri Part One cerita ini dengan the must-do-pose !! Thanks Ahan for introducing the V-Sign. I just love it.

..to be continued.

Saturday, August 15, 2009

Teaser Entry: TP 2 : Sg Semuji-Semangat Anda Membara?

Dear Boss.

I finished my Kursus and had a marvelous time. I'm now back at office and.........

Sekian. Terima Kasih.

Tuesday, August 4, 2009

Turutan Peristiwa 1 : Hari Bidan Terjun

TP 1.



CATATAN :
Di awal pagi sebaik saya melangkah masuk ke bilik saya, Setiausaha kelab dengan muka panik memberitahu saya. "Puan, YDP cuti kecemasan, migrain!Puan sebagai Naib YDP kena ambikalih tugas dia !"

Saya menarik nafas panjang-panjang, " ok..apakah tugas saya?"...(dalam hati..patutkah saya pura-pura sakit perut,gigi atau kaki dan balik ke rumah sambil mengirim sms memberitahu maaf saya tidak dapat hadir....dan meng off my blackberry! Dan membiarkan AJK -AJK lain menguruskan situasi tersebut)

"Meraikan Perasmi mesyuarat ...Bla..bla..bla..bla..bla..bla....chair the meeting, tamat".

ENDING : Di akhir mesyuarat, saya telah dilantik menjadi yang Dipertua Kelab Sukan XXXX cawangan Ibupejabat bagi sessi 2009/2011.

Semudah itu?(kenapalah saya tidak meneruskan niat awal saya tadi.)

...The making of ...


1. Berbudibahasa meraikan Perasmi Mesyuarat.


...bersama wakil Pengurus Besar...






2) Mengucapkan kata-kata aluan, sebagai "bidan terjun" saya hanya membaca Amanat YDP yang telah siap berprint!..hmmm....

3) Upacara penyampaian hadiah kepada Peserta-Peserta Pertandingan Masakan Kerabu.
(sebelum itu, Wakil Pengurus Besar telah menyampaikan Ucapan Perasmiannya...saya empunya blog, it's to me lah nak letak mana-mana gambar kan)










...antara Kerabu-kerabu yang telah dipertandingan. Saya beruntung kerana duduk di meja utama, kerabu-kerabu yang menang telah dihidangkan kepada kami!!!




4) Menyampaikan cenderahati kepada Perasmi Mesyuarat. Ketika itu saya membayangkan diri saya seperti seorang wakil rakyat pulak..

4) Mempengerusikan Mesyuarat...




Pemilihan AJK , perwakilan dan pemerhati...proses demokrasi..semua ahli behave themself..tidak ada baling-baling kerusi dan meja. Tidak ada pecah undi dan sebagainya . Dan tidak hairanlah mesyuarat itu tamat lebih awal seperti yang dijangkakan..alhamdulilah.






Sekian...