Sejak dikalahkan oleh C Bowler Suami Tercinta pada minggu lepas, saya terus tidak mempunyai keinginan untuk bermain bowling lagi, rasa sia-sia sahaja berbowling selama ini.
B Bowler dikalahkan oleh C Bowler! Pengalaman itu sungguh menyakitkan hati. Terasa - rasa pin-pin di lane bergelak ketawa, bertepuk-tepuk sesama sendiri , mengata-ngata prestasi buruk saya tempohari.
Justeru itu, lantaran kecewa yang amat sangat, saya terus sahaja menghubungi Wan dari Telekom: untuk membatalkan penyertaan dalam Pertandingan Bowling Jemputan Untuk Wanita anjuran beliau yang dijadualkan akan diadakan pada hari Ahad, 11. 01.09 bertempat di Premium lane. "Alar ...kak sherry, janganlah tidak jadi pula, nanti tidak meriah suasana, terasa tiada seri seandainya akak tiada". Indah sungguh bahasa mu wahai Wan. Membuat saya hampir berubah fikiran. " Akak tak bolehlah Wan. Bola kena hujan.". Eh..Ok ke alasan tu?.Wan ni pun budak lurus; kenapalah tidak dipujuk beria-ia sikit. Haiya.
Walaubagaimanapun, provokasi dari si C Bowler Suami Tercinta telah menaikkan semangat diri saya ; menang sekali dah
eksyen, itu belum lagi jadi
Champion. Dan tidak dinafikan umpanan pakej yang beliau tawarkan sungguh menarik untuk dilepaskan begitu sahaja. "Yuran Penyertaan biar
i yang bayarkan. Anak-anak biar
i yang uruskan.
U pergilah masuk
tournament tu." Yahoo..lain kali taktik sebegini bolehlah saya amalkan lagi. Ianya amat berjaya lebih-lebih lagi dalam situasi Si C bowler masih diselubungi MOOD KEMENANGAN, senyuman masih melebar. Mintalah apa sahaja ketika itu, nescaya akan beliau tunaikan. Hatta, seandainya diminta dibina sebuah lane bowling persendirian di halaman rumah sekalipun, harus juga akan dilaksanakan dalam sekelip mata (dalam mimpilah). Dan saya tahu, C Bowler mahu memujuk isteri tercinta, agar tidak muram dan berduka sekaligus tidak mogok memasak macam biasa walaupun tiada alasan , mana tahu dapat menebus kekecewaan atas kemenangan yang tidak dia sengajakan. Dalam hati saya berkata, hakikatnya C Bowler tidaklah sehebat mana , cuma malam itu saya '
out of perform' dan balingan saya kurang sempurna. Segala-galanya tidak kena.
Easy spare pun saya boleh
missed, jauh sekali boleh ambil
baby split atau
slipper !"Ala Bang...menang nasib jer tu".
Ahad. 5.00 Petang. Premium Lanes
Balingan pertama sungguh sempurna.Saya bermain dengan tenangnya. Tidak mengharapkan kemenangan. Cuma berazam untuk mempamerkan balingan terbaik. Selesai membuat balingan, duduk di bangku, menunggu giliran dengan sabar dan tenang. Persis seorang diva, duduk bersopan , tidak menghiraukan peserta-peserta lain di sekeliling .
Sangat behave. Tanpa ada tekanan. Dan tidak lupa mengirim berita untuk Si Penyokong Setia di Pasir Mas ( saya memaksa dia menyokong saya dari mula lagi). Rupa-rupanya cara itu ( sms dan stail diva) amat berkesan , mental akan jadi terkawal dan fokus pada permainan sahaja. Lupa seketika ketika itu adalah pertandingan. Tidak terasa hendak mengintai markah peserta-peserta yang lain, kemungkinan menyebabkan panik dan sebagainya seandainya mendapati markah mereka jauh lebih baik dari markah sendiri, atau amat berpuas hati dan mula bermain sambil lewa apabila mendapati markah sendiri jauh lebih baik dari markah mereka.
Balingan terakhir telah dilakukan. Keputusan telahpun diperolehi. Upacara penyampaian hadiah telahpun selesai . Pencapaian saya hari itu adalah seperti berikut ; 215 . 203. 189. 188. Saya dipanggil kehadapan untuk menerima hadiah sebanyak 3 kali. Juara Keseluruhan dan dua hadiah bagi jatuhan pin tertinggi . Terima kasih kepada Penyokong Setia , doa telah dimakbulkan. Impian telah menjadi realiti.
Saya pun berangkat pulang. Premium lane saya tinggalkan bersama senyuman berbunga-bunga, mekar menguntum mengiringi . Harapan baru sudah menjelma. Si isteri sudah tersenyum. C Bowler: harap bersedia.